Mon. Dec 5th, 2022

Istidraj Itu Benar, Kembali Ke Pangkal Jalan Sebelum Sekelip Mata Allah Tarik

BARU ni tular rakaman langsung dari satu akaun media sosial berkaitan pengakuan tidak solat. Dengan bangganya dia membuat pengakuan dan lain-lain ucapan lagi dalam siaran langsungnya itu yang memesong dari akidah.

Sesungguhnya istidraj itu benar, kembali ke pangkal jalan sebelum nikmat yang Allah berikan itu ditarik dengan sentap dalam keadaan Dia murka semurka-murkanya walhal ketika itu kita tidak bersedia.

Sungguhpun Allah tahu apa isi hati kita, apa niat kita ketika penyampaian tetap kita kena berjaga-jaga dalam tutur kata. Ketahuilah akidah itu keadaannya seperti dihujung tanduk yang tajam.

Telur Dihujung Tanduk

Jika kita terlalai sedikit, maka telur itu akan jatuh dan bersepai di tanah. Itulah gambaran yang sering disampaikan oleh para ulama.

Hidup di dunia ini adalah satu rezeki yang Allah beri. Kita dipilih oleh Allah untuk lahir dan hidup dimuka bumi maka sujudlah kita pada Pencipta kita. Usah angkuh dan membesarkan diri (takbur) dalam setiap hal meskipun itu adalah hasil usaha kita.

Kita dapat bangun dari tidur itu pun sudah nikmat. Dapat bersihkan diri dengan sendiri pun satu nikmat. Dapat bekerja pun satu nikmat. Nikmat apa lagi yang kita nak dustakan?

Hujung bulan dapat gaji pun satu nikmat juga. Ada orang hujung bulan gaji tak tiba-tiba, tiba-tiba diberhentikan dapat pampasan, pun satu nikmat juga. Masih ada sedikit wang untuk sara hidup. Nikmat apa lagi yang nak didustakan?

Setiap manusia pasti akan kesilapan samada sedar atau tidak. Kita semua maklum bahawa hanya nabi dan rasul sahaja yang maksum yakni terpelihara dari dosa. Itu pun para anbia’ tidak ambil mudah, mereka akan segera bertaubat. Adakah kita ini lebih tinggi darjatnya dari para anbia’?

Bersegeralah mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Taubat kita Allah pasti terima jika bertaubat dengan taubat nasuha. Tidak melakukannya lagi selepas bertaubat.

Kadang kita merasakan kita semua yang diperoleh adalah hasil titik peluh sendiri. Sedarkah kita Allah Maha Melihat? Dia nampak usaha kita. Lambat atau cepat saja kita dapat hasilnya. Usah kita merungut jika sudah lama kita berusaha tetapi tiada hasilnya. Gandakan lagi usaha, perbaiki hubungan kita dengan Allah. Insya Allah, kita peroleh hasil dengan redhaNya.

Jangan kita bersangka-sangka dengan Allah, yakin dan pasti setiap yang dilakukan Allah nampak. Apa hajat dihati kita pun Allah tahu. Buatlah sesuatu yang mendatangkan redhaNya. Usahlah kita terlalu meraih perhatian manusia dengan teknik-teknik pemasaran yang buruk dan keji serta menjijikkan. Tiada berkat ke atasnya.

Sesuatu perkara yang tiada berkat, ia tidak lama. Kita pun tidak akan rasa manfaatnya. Hari ini Allah beri RM1juta pada kita, kita tidak menjaga kewajiban sebagai hamba yang bersyukur, 1 juta itu akan habis ibarat mengalirnya air terjun. Semuanya habis pada kehendak kita yang sementara. Kemudian kita akan rasa tidak cukup, dan mahukan yang lebih lagi. Itu adalah petandanya.

Dunia ini adalah ujian dan tempat mencari bekalan. Sama-samalah kita mencari redha Allah SWT dalam setiap hal. Pahala mudah dicari, kita buat kebaikan pahala diperoleh, tetapi redhaNya tidak semudah mendapat pahala. Kerana belum tentu kebaikan kita lakukan dalam keadaan ikhlas.

Kepada yang berkenaan, bertaubatlah dan mohon keampunan dari Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Belum terlambat jika taubat dibuat segera. Mati itu pasti, ia tidak menunggu samada kita sudah bertaubat atau belum.

Minta dijauhkan kita meninggal dunia dalam keadaan Allah murka. Na’uzubillahi min zalik. Takut segala amal kebaikan di dunia ini tidak diterima walau sebesar zarah. Sanggupkah kita menahan api neraka yang membara seperti tidak sabar menjilat tubuh badan kita? Allahu

Berlumba-lumbalah mencari ilmu agama dan perbaiki kekurangan diri. Elakkan sesuatu yang boleh menyebabkan kita rasa takbur. Insya Allah, kita dipelihara darinya. Allah bersama hambaNya yang ikhlas dan bersyukur. Cari redhaNya dan cintaNya.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Dari meja admin Netizen Malaya

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!