Wed. Oct 5th, 2022
[Video] "R&R Ni Dah Tutup Lama Pada Tahun 2010, Tapi .." - Kisah Disebalik Penutupan R&R Tasik Raban

[Video] “R&R Ni Dah Tutup Lama Pada Tahun 2010, Tapi ..” – Kisah Disebalik Penutupan R&R Tasik Raban

Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tasik Raban yang terletak sebelum jambatan Raja Muda Nazrin dari Kuala Kangsar, tersimpan pelbagai kisah misteri yang menyeramkan sejak ditutup beberapa tahun dahulu.

Ianya dikatakan telah dibuka sejak tahun 2004 dan telah menutup operasi sepenuhnya sejak tahun 2010 berikutan kehadiran pengunjung yang berkurang sehingga peniaga-peniaga mengalami kerugian.

Namun begitu, ianya bukanlah kerana perkara-perkara misteri tetapi kemungkinan kerana kedudukan jalan masuk yang agak tersorok dan menyebabkan pemandu kenderaan terlepas pandang.

Setelah ditutup, beberapa kisah misteri mula menjadi buah mulut ramai apabila terdapat pengunjung yang melalui lebuhraya dan singgah untuk makan dan solat di R&R berkenaan.

“Keriuhan” di kawasan tersebut dengan kehadiran ramai orang dan banyak gerai dikatakan mengaburi mata ramai pengunjung sedangkan ianya sudah ditutup lama.

Apabila sampai ke destinasi dan menyedari R&R tersebut sudah tidak lagi beroperasi, ada yang muntah dan mengeluarkan ulat seperti kisah yang perneh menggemparkan ramai suatu ketika dahulu. Memang seram!

Kisah di sebalik tutupnya R&R Tasik Raban

Meninjau ke ruangan komen, ternyata ramai yang mempunyai pengalaman hampir ‘singgah’ di R&R Tasik Raban kerana dari jauh dikatakan kelihatan seperti masih beroperasi.

Apabila menyedari ianya merupakan R&R Tasik Raban, mula timbul perasaan aneh dan pelik walaupun kawasan berkenaan dikelilingi dengan pemandangan tasik yang sangat cantik.

Pernah singgah sini sebab nak cari tandas..

Siapa orang tu wei !!!

Nampak macam buka, sekali ada orang tegur

Kalau balik kg mesti singgah makan

Siapa yg singgah makan kt kedai rnr ni sebenarnya mkn daun kering

Dari jauh nampak terang

Sumber: Tiktok @wawan_dekwan

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!