Tue. Oct 4th, 2022
"Kami Ikhlas Demi Tanah Air" - Rela Berkorban, Rata-rata Penjawat Awam Setuju Elaun Dikurangkan Demi Membantu Negara Melawan COVID-19

“Kami Ikhlas Demi Tanah Air Dan Rela Berkorban” – Rata-rata Penjawat Awam Setuju Elaun Mereka Dikurangkan Demi Membantu Negara Melawan COVID-19

Selain gaji menteri dan timbalan menteri yang akan dipotong selama tiga bulan yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, langkah yang hampir sama juga turut dilakukan oleh para penjawat awam apabila sebahagian elaun mereka akan dipotong dan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai manifestasi solidariti menghadapi COVID-19.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan media pada hari ini. Menurutnya, sumbangan tersebut adalah tanda kebersamaan para penjawat awam dalam menyokong usaha kerajaan untuk memerangi pandemik COVID-19.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali

Lebih 800,000 penjawat awam akan terlibat dengan anggaran jumlah sumbangan yang melebihi RM30 juta melalui potongan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) bagi pengurusan tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56 serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga Gred 41.

Pun begitu, bagaimana pula penerimaan penjawat awam mengenai pemotongan elaun ini? Menjengah ke ruangan komen di Facebook rasmi KSN, rata-rata dari penjawat awam sememangnya menyambut baik usaha ini dan meluahkan rasa syukur kerana dapat membantu negara serta rakyat yang lain.

Ada juga di antara mereka yang menganggap ini sebagai peluang untuk menginfak sebahagian rezeki kepada negara dan orang-orang yang memerlukan.

Kita menyokong sepenuhnya

Semoga menjadi asbab kebaikan

Kami menyahut dengan baik

Sedia untuk dipotong

“Good decision”

Menerusi komen para guru di group Facebook “Kami Guru Malaysia” pula, mereka juga turut bersetuju dan menghalalkan setiap sumbangan yang diberikan. Ia juga peluang yang telah ditunggu-tunggu selama ini.

Alhamdulillah

Kesian B40 yang meniaga & menjaja

Semoga dapat membantu

Saya redha dan bersyukur

Semoga dengan usaha ini, negara mampu menghadapi pandemik COVID-19 dengan baik dan berjaya melandaikan keluk jangkitan virus tersebut.

Sumber: Tan Sri Mohd Zuki Ali via SK

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!