Thu. Sep 29th, 2022
Susun Kewangan Peribadi

Cara Susun Kewangan Peribadi Dengan Betul, Ramai Rakyat Malaysia Terbeban Kerana Silap Langkah

KEWANGAN ni sesuatu yang agak memeningkan kepala kita sebenarnya. Apatah lagi jika sudah terjerat dan ingin perbaiki kewangan peribadi semula, cabarannya tinggi dan memerlukan kesabaran yang tinggi juga.

Pandemik yang berlarutan di negara kita ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia terumbang ambing ekonominya, tak kurang juga yang sudah karam. Bukan di Malaysia sahaja, bahkan di negara luar pun turut terkesan. Syarikat-syarikat gergasi pun mengalami masalah kewangan juga. Tetapi tidak seteruk kewangan peribadi.

Sebenarnya pengurusan kewangan ini sangat penting. Jika kita gagal mengurus, impian tidak akan tercapai. Ini kerana, ramai orang impiannya adalah untuk bebas kewangan, bebas hutang dan sebagainya. Tetapi semua itu bergantung pada keputusan kewangan kita selepas kita mengurus.

Seminar Mak Jerung
Ieza Yusof ketika seminar online Financial Restructuring Programme

Jika anda kenal individu bernama Ieza Yusof atau dikenali sebagai Mak Jerung ini, sudah pasti ada sedikit sebanyak ilmu yang disampaikan dapat dihadam dengan baik. Beliau sudah berpengalaman dalam industri kewangan dan juga pelaburan selama 20 tahun lebih sejak berusia 21 tahun lagi.

Beliau juga sangat aktif berkongsi dan berceramah tentang kewangan di Facebook Page dan seminar-seminar yang dikendalikan oleh syarikatnya dan sebagai jemputan. Kesedaran tentang melindungi aset dan membina aset sering ditekankan supaya rakyat Malaysia peka dan berhati-hati kerana risiko ada dimana-mana sahaja tanpa diduga.

ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

Jika kita ingin tahu dan uruskan kewangan kita dengan baik, belajarlah dari asasnya kerana kefahaman itu akan datang setelah kita menguasai asas (fundamental).

Ini adalah susun atur aliran kewangan kita yang sepatutnya.

10% Perlindungan: Perlindungan ini sangat penting dan akan beroperasi sekiranya berlaku insiden atau risiko yang tidak dapat dijangka dan dihidu. Ramai rakyat Malaysia yang kurang pengetahuan tentang pengurusan kewangan akan menolak bahagian ni kerana terlalu yakin segalanya dalam keadaan yang baik selamanya. Sekaligus meletakkan diri mereka sendiri dalam risiko yang tinggi kerana apabila berlaku kecemasan tiada backup plan yang melindunginya. Seperti contoh, jika anda tiada kad perubatan, anda akan menanggung kos rawatan hospital yang tinggi. Jika anda tiada pelan Takaful, keluarga anda akan terbeban selepas (mati) atau ketika (sakit kritikal) tidak mampu menanggung komitmen lagi.

60% Komitmen: Cuba anda kira sendiri berapa persen komitmen bulanan anda? Adakah cukup-cukup, kurang atau terlebih dari had 60% ini? Jika terlebih, berhati-hatilah kerana anda sudah terbeban dengan komitmen dan perlu menambah sumber pendapatan segera bagi menampung kos sara hidup. Ini kerana, berkemungkinan besar anda tiada wang simpanan yang cukup bagi menempuh saat getir atau kecemasan. Dan anda juga mungkin terpaksa meminjam dari kenalan, keluarga, pasangan atau adik beradik. Ada juga yang terpaksa membuat pinjaman dengan Ah Long. Ini sangat membahayakan jika kita tidak pernah ambil peduli, tidak berlaku sekarang mungkin suatu hari nanti.

20% Pelaburan/Simpanan: Ramai orang sukakan pelaburan sehingga ada yang tertipu kerana tidak tahu latar belakang platform ‘pelaburan’ itu. Tidak usahlah kita menaruh harap pada platform yang tidak diistiharkan bersih dari Bank Negara Malaysia. Ada yang kononnya syarikat itu sudah kukuh diluar negara dan baru masuk ke negara kita. Usah mudah terpedaya! Selidik dahulu adalah langkah bijak. Majoriti rakyat Malaysia tidak mempunya wang simpanan kecemasan yang cukup. Kesemuanya diletakkan pada platform pelaburan yang susah dicairkan ketika berlaku kecemasan contohnya emas. Emas sesuai untuk pelaburan jangka panjang. Jangan letakkan kesemua telur pada bakul yang sama. Letaklah 1 ditempat lain. Seperti contoh, ASB dan Tabung Haji adalah disarankan. Ini kerana setiap tahun pencarum akan mendapat dividen tahunan dan ianya selamat tiada penipuan berlaku.

10% Perbelanjaan Bebas: Ini termasuklah memenuhi selera tekak kita yang kononnya mengidam MCD BTS sebagai contoh. Melanggan Netflix sebagai mengisi masa lapang ketika Work From Home dan lain-lain. Ini juga perlu diberi pemantauan kerana ia sering berlaku tanpa kita sedar. Tahu-tahu dah terlebih pakai dan ganggu bahagian kewangan yang lain. Setiap hari ada saja barang baru sampai depan rumah. Jaga-jaga, jika tidak dikawal, ia akan melarat dan kita terlupa tentang simpanan untuk duit kecemasan.

Kalkulator Dari Langit
Pelancaran buku Kalkulator Dari Langit oleh Ieza Yusof

Itulah 4 asas aliran kewangan peribadi kita yang perlu diteliti dan disusun rapi supaya tidak berlaku kebocoran. Jangan sesekali pandang enteng kerana inilah yang bakal menentukan keputusan kewangan kita dimasa akan datang. Kita nak mohon pinjaman dengan bank beli rumah pun tak dapat, rupanya komitmen dah terlebih-lebih. Sampai bayaran bulanan pun ada yang tertunggak.

Untuk menjaga aliran kewangan ini, kita perlu menjaga emosi kita terlebih dahulu. Kerana segala transaksi berlaku bermula dengan emosi. Kita membeli dari Shopee bukan kerana keperluan 100% tetapi kerana tertawan dengan promosi yang ditawarkan tambahan pula barangan itu cantik dan menawan sekaligus berkenan pula dihati.

Begitu jugalah ketika mahukan sebuah kereta baharu. Cara pengiraan yang betul untuk ketahui kereta itu sepadan dengan kewangan kita adalah;

Gaji bulanan X 12 bulan = Kereta

Anak Muda Bekerja
Antara posting di Facebook Page Ieza Yusof

Jika gaji bulanan kita RM1,500 maka ketahuilah kereta yang layak dimiliki nilainya cuma RM18,000 sahaja. Itu baru dikira layak dan mampu.

Tetapi ramainya orang yang lebih selesa membeli kereta baharu berbanding secondhand. Ada kelebihan dan kekurangannya juga. Perlu diingatkan, jangan kita terjerat kewangan sehingga tiada simpanan untuk masa akan datang lebih-lebih lagi ketika waktu kecemasan seperti contoh terdekat dalam keadaan pandemik ini.

Layak tak semestinya mampu, itulah antara kata-kata dari mentor kewangan dan pelaburan, Ieza Yusof. Kita suka bila bank beritahu bahawa kita layak mendapat pinjaman untuk kereta yang diimpikan, tetapi apabila disemak aliran kewangan peribadi, banyak kebocoran berlaku dan sekaligus menjadikan status ‘Tidak Mampu’ bagi kita untuk bayar balik pinjaman. Status ini bank tidak akan beritahu secara formal kerana bank ambil kira duit masuk dan CTOS CCRIS sahaja. Bank tidak akan kira ikut 4 asas aliran di atas tadi untuk memberi kelayakan pada kita. Itu atas diri sendiri samada sedar atau tidak.

Oleh itu, amatlah digalakkan pada rakyat Malaysia untuk menuntut serba sedikit ilmu berkaitan pengurusan kewangan. Jangan kita ciduk menciduk ilmu. Contohnya, ambil pandangan sana sikit dan sini sikit. Sebaiknya belajar secara berdepan atau bersemuka supaya kefahaman itu sampai. Tahu tak semestinya faham. Ini sangat dituntut oleh para ulama sebagai adab menuntut ilmu, iaitu bertanya pada ahlinya.

Jika anda berminat untuk mengikuti perkembangan aktiviti dan perkongsian Ieza Yusof atau Mak Jerung ini, bolehlah terus ke channel telegram atau ikuti Facebook Page beliau.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!