Thu. Sep 29th, 2022
"Hampir RM1000, Rosak Semuanya" - Duit Yang Disimpan Dalam Tabung Rosak Dan Koyak Macam Tu Jer

“Hampir RM1000, Rosak Semuanya” – Duit Yang Disimpan Dalam Tabung Rosak Dan Koyak Macam Tu Jer

Menabung ni adalah antara cara untuk mendisplinkan diri untuk menyimpan duit. Selain menyimpan di bank, tentu ada diantara kita akan menggunakan tabung tertentu di rumah.

Terdapat pelbagai tempat di rumah dijadikan lokasi untuk menyimpan duit. Ada yang simpan duit di celah-celah buku, dalam dinding, bawah lantai kayu, dalam pasu bungala, kotak kasut, tabung besi, bawah tilam, tin kosong dan bermacam-macam tempat lagi.

Namun setiap satu tempat menyimpan itu ada baik buruknya. Sebagaimana perkongsian ini.

Namun tahukah anda bahawa cara menyimpan duit bercampur dengan duit kertas dan syiling boleh menyebabkan duit rosak.

Begitulah yang dialami oleh rakan kepada Puan Lily Noorly Mohd Noor. Menerusi facebooknya beliau berkongsi kisah bahawa rakannya kerugian hampir seribu ringgit setelah duit yang disimpan dalam tin rosak kesemuanya.

Moga jadi iktibar supaya memastikan tabung itu sesuai digunakan atau tidak untuk mengelak duit rosak terutama jika memilih tabung jenis tin atau besi yang mudah berkarat.

Hampir RM1,000 duit rosak, koyak

Allahuakhbar .. Sekadar perkongsian bersama 🥺🥺🥺 terjadi pada sahabat baik sendiri … Niat menabung akhirnya leboq macam tu ja … Semua duit2 dia mereput … Qelai … Hancoq bila nak cuba bukak lipatan … Kalau ada sesiapa yg simpan duit dalam tabung tin bercampoq duit syiling rasanya elok dielakkan … Nak kata apa lg dah kan… Hampir RM1k leboq mcm tu ja … Bwk pi bank x tau la bank nak terima ka dak 😰😰😰 be strong sahabat…

Edit: Alhamdulillah … Alhamdulillah … Terima kasih yg share dan bagitau boleh tukaq dan bank terima… Dia akan bwk p bank… Mudah²an dipermudahkan dan dapat balik ganti… Dia kata kalau tau jd mcm ni mmg x akan smpn mcm tu…

.

.

.

Bagaimana pun setelah perkongsian ini viral, ramai warganet telah memberi komen untuk tindakan yang patut dilakukan yang memberi nasihat kepadanya untuk menukar di bank.

Melihat kepada status terbaru yang dimuat turun, Puan Noorly memaklumkan bahawa duit yang rosak tempoh hari boleh ditukar di bank. Beliau bersyukur kerana pihak bank masih boleh menerima duit yang sebegitu rupa.

Terima kasih semua yang memberi pandangan dan apa perlu dibuat jika berlaku perkara macam ni… Alhamdulillah…. Yang sblm ni tak tau jadi dah tau… Terima kasih sahabat2 maya

Edit: Alhamdulillah… Alhamdulillah… Terima kasih yg share dan bagitau boleh tukaq dan bank terima… Dia akan bwk p bank… Mudah²an dipermudahkan dan dapat balik ganti… Dia kata kalau tau jd mcm ni mmg x akan smpn mcm tu…

Ramai juga komen yang memaklumkan kemungkinan ada antara duit dimasukkan ke dalam tabung itu basah atau lembab mengakibatkan tin berkarat dan duit mereput.

KOMEN DARIPADA WARGANET

Boleh ditukar semula dibank

Simpanlah dibank kalau boleh

Kene fikir dulu sebelum nak simpan di tempat2 mcm itu

 

Tak boleh simpan lama2 sebenarnya

Dulu pernah simpan dalam tabung buluh, silap tak jemur dulu buluhnya

Amalkan buka tabung 3-4 bulan sekali

Semoga urusan rakan puan Noorly dipermudahkan.

Sumber: Lily Noorly Mohd Noor

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!