Thu. Sep 29th, 2022
Sultan Muhammad V Perkenan Bantuan Sebanyak RM1 Juta Diberikan Kepada Golongan Terjejas PKP

Golongan Terjejas PKP Bakal Menerima Bantuan Sebanyak RM1 Juta Setelah DiPerkenan Sultan Muhammad V

Prihatin dengan nasib rakyat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Sultan Muhammad V berkenan menyalurkan sumbangan RM1 juta kepada golongan asnaf yang terkesan akibat Covid-19.

Menurut kenyataan rasmi, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, sumbangan itu menggunakan peruntukkan bagi program baginda di sepanjang Ramadan lalu.

.

.

“Perkara berkenaan mendapat perkenan Sultan Kelantan sebagai Ketua Agama Islam Negeri sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

“Baginda juga mengambil maklum akan susah payah rakyat jelata dalam mengharungi kehidupan ketika negeri masih lagi berdepan dengan Covid-19…

“…dan juga pelaksanaan PKP 3.0 serta sekatan pergerakan penuh yang sudah tentu turut menjejaskan ekonomi termasuk kumpulan asnaf,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, tidak dijelaskan samada peruntukan ini tertakluk hanya untuk rakyat Kelantan sahaja atau sebaliknya serta cara memohon. Sama-sama kita nantikan update terkini dari Facebook Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Selain itu, baginda juga menzahirkan kebimbangan mengenai jangkitan wabak Covid-19 di Kelantan dimana angkanya masih tinggi walaupun menunjukkan sedikit penurunan.

Malah, Sultan Muhammad V turut berdukacita apabila fasiliti kesihatan dilaporkan kritikal dengan pertambahan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Justeru, baginda menyeru seluruh rakyat Kelantan untuk terus berdoa supaya dihindari daripada virus tersebut selain mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan pusat mahupun negeri.

Sumber: Facebook Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Komen Netizen

Untuk rakyat kelantan sahaja ke?

Bagaimana nak mohon untuk ibu tunggal

Kira bagus dah ada orang nk bantu

Daulat tuanku

Mintok jange pilih bulu

Yang menguruskan harap amanah

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!