Tue. Oct 4th, 2022
Tular Video Seorang Lelaki Seret Kucing Di Atas Jalan Raya Undang Kemarahan Netizen

Tular Video Seorang Lelaki Seret Kucing Di Atas Jalan Raya Undang Kemarahan Netizen

PETALING JAYA – Perbuatan ᴢᴀʟɪᴍ seorang lelaki yang ᴍᴇɴʏᴇʀᴇᴛ seekor kucing sambil menunggang motosikal yang bergerak laju mendapat kecaman netizen di media sosial.

Menerusi perkongsian Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) di laman Facebook mereka, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kawasan di Langkap, Perak dan kejadian itu telah berjaya dirakam pemandu kereta.

Berdasarkan klip video berdurasi 34 saat itu memaparkan seorang lelaki sedang ᴍᴇɴʏᴇʀᴇᴛ seekor kucing berwarna oren dengan menunggang sebuah motosikal.

Video:

Kelihatan kucing itu tidak dapat melepaskan dirinya kerana dipercayai telah diikat pada bahagian kaki belakangnya dan difahamkan kucing itu telah mengalami ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ pada muka dan beberapa bahagian badan lain.

Justeru, Animal Malaysia menggesa ꜱᴀᴋꜱɪ kejadian supaya segera lapor kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak agar tindakan dapat diambil terhadap pelaku.

“Difahamkan kucing yang ᴅɪꜱᴇʀᴇᴛ adalah kucing milik jiran pelaku. Walau apa pun alasan sama ada masalah kacau ganggu atau masalah hubungan kejiranan.

“ᴍᴇɴᴢᴀʟɪᴍɪ haiwan adalah satu ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Perbuatan ini di ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀ maksimum tiga tahun dan denda maksimum RM100,000.00,” katanya di laman Facebook hari ini.

Sementara itu, rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki tersebut dan menganggap perbuatan itu lebih ᴢᴀʟɪᴍ daripada binatang dan tidak ʙᴇʀᴘᴇʀɪᴋᴇᴍᴀɴᴜꜱɪᴀᴀɴ.

Pada masa sama, netizen menggesa agar pelaku segera ditangkap dan dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh pihak berkuasa.

Sumber: K! ONLINE.

Sementara itu pada perkembangan lain, pihak polis telah menahan seorang lelaki yang tular di media sosial yang ᴍᴇɴɢʜᴇʀᴇᴛ seekor kucing di atas jalanraya di Langkap dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berumur 45 tahun itu ᴅɪᴛᴀʜᴀɴ ketika membuat laporan penafian di Balai Polis Langkap, kira-kira jam 9 malam.

Menurut ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ, tujuan sebenar dia menangkap kucing itu adalah untuk dibuang ke kawasan kedai berdekatan rumahnya, kata Ahmad Adnan Basri.

“Dia guna sauk untuk tangkap kucing tersebut dan semasa dalam perjalanan ke kedai makan berhampiran, tiba-tiba kaki depan kucing telah terkeluar dari jaring sauknya menyebabkan kucing itu ᴛᴇʀꜱᴇʀᴇᴛ di atas jalan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu tular video di dalam media sosial menunjukkan seorang penunggang motosikal sedang ᴍᴇɴɢʜᴇʀᴇᴛ seekor kucing di atas jalan.

Ahmad Adnan berkata, pihak polis telah menjalankan siasatan di bawah ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 428 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ dan ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Menurutnya, lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi.

Katanya lagi, kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya selepas siasatan selesai kelak.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen amat ᴍᴀʀᴀʜ dengan tindakan lelaki berkenaan. Tidak kurang juga ada yang ᴍᴀʀᴀʜ dengan tindakan si perakam kerana mengapa tidak menghalang terus dari sibuk merakam.

Yang rakam pun kenapa tak halang

Kenapa tak halang

Tangkap ja jantan tu

Esok dia akan kene benda yang sama diakhirat nanti

Tunggula dia ᴍᴀᴛɪ nanti

janganla di ꜱᴇᴋꜱᴀ sampai mcmni sekali

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!