Sun. Nov 27th, 2022
Ingin Buang Imej Penyanyi Nasyid, Suhaimi Saad Sudah Sedia Rekod Lagu Rock Kapak

Ingin Buang Imej Penyanyi Nasyid, Suhaimi Saad Sudah Sedia Rekod Lagu Rock Kapak

Baru-baru ini, salah seorang bekas anggota kumpulan Inteam iaitu Suhaimi Saad atau mesra dikenali dengan panggilan SS mengumumkan dirinya meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Bagaimanapun, Suhaimi berkata ramai yang salah faham dengan statusnya itu.

Menurut Suhaimi, dia hanya tidak mahu menjadi penyanyi nasyid sahaja tetapi akan mengetengahkan genre lain pula dalam bidang muzik.

“Itu hanyalah salah faham. Saya hanya letak jawatan sebagai penyanyi nasyid sahaja. Saya akan menyanyi selagi ada suara, InsyaAllah tanpa title nasyid pun kita masih boleh terus menyanyi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

“Malah sasaran dan audience mungkin lebih luas (jika mencuba selain genre nasyid),” katanya lagi.

Dalam pada itu, Suhaimi berkata dia akan terus berkarya menerusi kumpulan Bismillah yang dianggotai oleh isterinya, Ina Naim dan anak-anak.

“InsyaAllah Bismillah akan release album dalam bulan ini. Kami akan terus bawa genre-genre lain selepas ini yang masih lagi berkonsepkan ketuhanan serta membawa maksud mesej positif.

“Dalam nasyid sendiri ada irama pop, balada, asli malah rock. Sekarang saya baru sahaja siap rekod demo sebuah lagu rock kapak berjudul Kadang-Kadang Rindu, Kadang-Kadang Lupa,” katanya.

Menerusi video yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya, SS dilihat seakan berlatih sebelum memulakan sesi rakaman sebenar.

Video 1

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

Video 2

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

gilla tinggi lagu ni 🤣

tolong kosongkan toilet please…” kata SS

Melihat kepada ruangan komen, rata-rata netizen kurang memberi sokongan kepada abang SS, tidak tahu mengapa.

Banyak duit buat album sendiri

.

Apakah???

lepas ni boleh cuba ᴍᴀꜱᴜᴋ raja lawak pula

Kesian kat anak bini ko je bang

Kesian tengok dia ni sebenarnya

Mental sungguhla dia ni

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!