Thu. Sep 29th, 2022
Tersebar Video Gadis Terasa Sedih Sebab Terpaksa "Melepaskan" Tudung Di Tempat Dia Bekerja

Tersebar Video Gadis Terasa Sedih Sebab Terpaksa “Melepaskan” Tudung Di Tempat Dia Bekerja

Disaat pandemik yang melanda seluruh negara ketika ini, bermacam dugaan yang menimpa kita. Ada antara kita yang kehilangan kerja, kesempitan duit dan bermacam-macam lagi. Seperti yang diluahkan di dalam video Tiktok ini, pemiliknya meluahkan rasa sedih kerana terpaksa melepaskan tudung atas tuntutan majikannya.

Dilema antara tuntutan agama dan kerja, seorang gadis di Jawa Barat, Indonesia meluahkan rasa sedih apabila diminta untuk tidak mengenakan hijab ketika bertugas sebagai tukang pembersih di sebuah syarikat.

Memetik laporan salah satu akhbar di Indonesia, Fani Sulistiyani yang berkongsi video di platform Tiktok sehingga tular bercerita bahawa dirinya memakai tudung yang sangat cantik dalam perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja.

Namun apabila mula melakukan kerja hakikinya, dia terpaksa membuka tudungnya demi mengikut syarat dan saranan yang telah ditetapkan oleh pihak majikan.

Video 1

“Ada tak yang sama situasi dengan aku?”, tanya Fani ringkas di dalam video tersebut.

Rakaman berdurasi 18 saat itu memperlihatkan Fani di atas motosikal apabila pergi dan pulang dari kerja selain berkongsi saat dirinya membersihkan sebuah ruang di syarikat berkenaan.

Video 2

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan gadis tersebut agar berhenti daripada melakukan pekerjaan tersebut sekiranya rasa bersalah dan dia perlu yakin dengan rezeki yang ditetapkan Allah SWT.

Bagaimanapun, difahamkan dia terpaksa meneruskan juga pekerjaan tersebut buat ketika ini kerana tidak berkelulusan tinggi dan terdesak dengan gaji yang diinginkan demi menyara kehidupan keluarga disaat pandemik ini.

Komen warga net:

“Ditempat kerja aku lain pulak”

.

Belum lagi dajjal tawar emas sekilo nanti

.

Rezeki Allah itu Luas

.

Pernah lalui jugak perkara yang sama, rasa bersalah sangat2

.

Tokey lama bagi pakai tudung tp tak bagi pakai inner baju

.

Mana punya company ni?

.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!