Tue. Oct 4th, 2022
Tular Video Seorang Ibu Hiba Terima Kejutan Dari "Runner"

Tular Video Seorang Ibu Menangis Terima Kejutan Dari “Runner”

Kuala Lumpur: Selepas lebih setahun terpisah, Muhammad Fais Ismail akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya di Taman Mutiara Rini, Skudai di Johor Bahru, Johor.

Muhammad Fais, 26 yang sebelum ini bekerja sebagai juruteknik di syarikat pembuatan peralatan perubatan di Singapura mengejutkan keluarganya kerana pulang dengan tiba-tiba.

Anak sulung daripada tiga beradik itu membuat kejutan dengan menyamar sebagai ‘runner’ dan kisahnya mendapat perhatian netizen selepas memuat naik video berkenaan di Facebook (FB).

Menerusi video itu, Muhammad Fais pada mulanya menghantar jambangan bunga dengan kad ucapan serta bungkusan berisi aiskrim kepada ibunya, Parida Hanin Zakaria, 52, yang tidak tahu dia adalah pengirimnya kerana memakai topi keledar.

Video:

Parida yang tidak dapat menahan sebak selepas membaca kad ucapan dan Muhammad Fais yang pada mulanya beredar berpatah balik sebelum memeluk ibu, adik, Nur Fatihah, 24, dan bapanya, Ismail Abd Hamid, 52.

Berkongsi kisah di sebalik kejutan itu, Muhammad Fais berkata, tiada seorang pun ahli keluarga tahu mengenai perancangannya untuk pulang kecuali bakal tunangnya, Noor Fa Azillah Mohamed Rozali, 26, dan sepupu, Mohd Fiqry Zulkifli, 26.

“Saya ada beritahu emak dan ayah berhubung perancangan untuk pulang tetapi pada Oktober ini dan mereka tidak tahu saya akan kembali lebih awal.

“Saya juga tidak maklumkan yang saya sudah berhenti kerja pada 14 Mei lalu jadi kepulangan pada 30 Mei lalu benar-benar mengejutkan mereka terutama emak.

“Alhamdulillah, kejutan itu menjadi walaupun tidak pernah lakukannya sebelum ini dan saya berikan emak jambangan bunga ros kerana tahu dia sukakannya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini.

Muhammad Fais berkata, dia amat bersyukur selepas dapat menjejakkan kaki ke rumah dan bertemu dengan keluarganya.

Katanya, ia kerana ada antara rakannya yang bekerja di Singapura tidak sempat bertemu dengan keluarga kerana ibu bapa mereka terlebih dulu dijemput Ilahi.

“Saya berasa seperti mahu membuat sujud syukur apabila diberi kesempatan bertemu semula dengan keluarga kerana sebelum ini, kami hanya dapat berhubung menerusi WhatsApp dan panggilan video saja.

“Beberapa kali juga saya terfikir untuk berhenti sebelum ini tetapi menangguhkan hasrat itu dan akhirnya nekad berbuat demikian selepas melakukan solat istikharah mohon petunjuk.

“Saya kembali ke Johor Bahru pada hari raya kelima (17 Mei) dan menjalani kuarantin di hotel selama dua minggu sebelum pulang ke rumah,” katanya yang bekerja di Singapura sejak Oktober 2019.

Muhammad Fais tidak sangka video yang dimuat naiknya itu akan tular kerana sekadar berkongsi di FB untuk memberi semangat kepada rakan lain yang masih bekerja di Singapura.

“Terkejut juga apabila menyedari video itu tular tetapi bersyukur kerana ramai memberi komen positif walaupun ada yang menangis selepas menontonnya.

“Ada juga komen ɴᴇɢᴀᴛɪꜰ diterima tetapi saya tidak ambil peduli kerana lebih ramai yang memberi kata positif.

“Buat masa ini, saya membantu keluarga menjalankan perniagaan kuih dulu sebelum mencari pekerjaan lain lebih sesuai dan ada kemungkinan kembali bekerja di Singapura jika ada peluang selepas pandemik reda nanti,” katanya.

Komen Netizen

Baik budak ni, siap solat ishtikarah sebelum berhenti kerja

Xpe jugak masih ada ibu, saya dah berbelas tahun tak dpt mkn masakan ibu

Alhamdulillah, syukur masih diberi kesempatan

InsyaAllah pasni cepat dapat kerja lain

Alhamdulillah, dapat jugak blik akhirnya

Pernah hadapi situasi yang sama

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!