Wed. Oct 5th, 2022
Viral Video Seorang Ibu Tunggal Terpaksa Jual Phone Demi Beri Anak2 Makan Dirumah

Viral Video Seorang Ibu Tunggal Terpaksa Jual Phone Demi Beri Anak2 Makan Dirumah

Ramai insan yang terkesan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kali pertama sehingga sekarang yang diarahkan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan COVID-19.

Lebih menyedihkan apabila ada yang hilang punca pendapatan dan terpaksa mengikat perut kerana tidak berkemampuan untuk membeli barang keperluan mahupun makanan.

Begitulah seperti kisah sebuah keluarga yang kehilangan punca pendapatan dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Shahril.

Ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk anak2

Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki itu disapa oleh seorang wanita yang menaiki motosikal ketika dia sedang berehat.

Menurut Shahril, wanita terbabit menawarkan untuk menjual telefon bimbit bagi membeli makanan dan minuman untuk anak-anaknya.

Tambahnya lagi, ibu tunggal kepada 4 orang cahaya mata itu memberitahu bahawa dia dan anak-anaknya masih belum menjamah sebarang makanan sejak pagi lagi.

Pekerjaan terjejas sewaktu PKP

Wanita berkenaan turut bercerita kebiasaannya dia mencari rezeki dengan cara mengambil upah mencuci rumah pelanggan namun sejak PKP ini, pekerjaannya terjejas.

Simpati dengan nasib wanita tersebut, Shahril menghulurkan sedikit bantuan kepadanya dan akan menghantar bantuan susulan ke rumahnya nanti.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap ibu tunggal itu dan mendoakannya dimurahkan rezeki.

Semoga ibu ini sihat selalu dan dipermudahkan urusan

Abang dah berjaya leburkan air mata saya

Dulu suka tayang duit, rupanya ramai yang terluka

Orang yang suka tayang duit di TikTok bantulah akak ni

Bantulah saudara kami ni Ya Allah

Syukur akak tu jumpa awak

Semoga bro dilimpahkan rezeki

Sumber: TikTok Shahril

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!