Tue. Oct 4th, 2022

Lelaki Botak Berisiko Tinggi Mengalami Gejala Covid-19 Yang Serius

KAJIAN terbaru di Sepanyol mendapati lelaki botak berdepan risiko yang tinggi dijangkiti Covid-19.

Ketua kajian yang dijalankan di Sepanyol itu berkata dia percaya kebotakan adalah ‘ramalan sempurna’ kepada tahap keseriusan pesakit yang menderita akibat jangkitan tersebut.

Profesor Carlos Wambier dari Brown University menjalankan dua kajian di Sepanyol yang mendapati sebilangan besar lelaki botak dikejarkan ke hospital akibat Covid-19.

Kajian pertama mendapati 71% daripada 41 pesakit dirawat akibat Covid-19 di beberapa hospital di Sepanyol merupakan lelaki botak berusia dalam lingkungan 31 tahun.

Kajian kedua pula yang diterbitkan dalam Jurnal Akademi Dermatologi Amerika mendapati 79% daripada 122 pesakit Covid-19 di hospital Madrid adalah lelaki botak.

Saintis berpendapat androgen iaitu hormon seks lelaki boleh menyumbang kepada keguguran rambut dan meningkatkan risiko jangkitan Covid-19.

Profedor Wambier memberitahu Telegraph:”Kami fikir androgen atau hormon lelaki merupakan pintu laluan virus memasuki sel kita.”

Namun Ketua Polisi Kanser Prostat UK, Karen Stalbow berpendapat lebih banyak bukti diperlukan sebelum ubat-ubat tertentu boleh digunakan untuk merawat Covid-19.

Tinjauan oleh Kesihatan Awam England mengenai perbezaan risiko dan hasil Covid-19 minggu ini, mengenal pasti umur dan jantina lelaki sebagai faktor risiko yang signifikan. – Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!