Tue. Oct 4th, 2022
Dengan 1 Video Yang Tak Sampai Seminit, Khabane Lame Boleh Dapat Sehingga RM92K

Dengan 1 Video Yang Tak Sampai Seminit, Khabane Lame Boleh Dapat Sehingga RM92K

Nama Khabane Lame memang sudah tidak asing lagi di SocMed dimana dia merupakan seorang pencipta konten untuk TikTok. Dan kini dia menjadi antara pencipta konten paling popular di dunia menerusi platform tersebut.

TikTok biasanya dikaitkan dengan aktiviti bergelek oleh remaja dan belia. Namun Khabane Lame mengubah tanggapan tersebut dengan mencipta populariti hanya dengan ekspresi muka tanpa perlu menari atau bercakap pun.

Pendekatan itu juga membuatkan konten yang diciptanya merentasi sempadan negara, bangsa, dan bahasa. Di mana semua orang di dunia memhaminya dengan isyarat dan kelakuannya.

Kebanyakan video yang dihasilkan adalah video yang menyindir “Life Hack” dimana Lame menunjukkan betapa mudahnya hidup jika kita tidak sengaja menyusahkan diri.

Lame seringkali menggelengkan kepala kepada beberapa tips oleh life hack yang tak berguna serta merumitkan.

Sedikit tentang latar belakang Lame. Terkini, dia memiliki lebih 66 juta pengikut di TikTok – dimana lebih banyak daripada populasi rakyat Itali – dan 19.4 juta pengikut di IG. Mark Zuckerberg tauke IG pun habis ditapaunya.

Lame lahir di Senegal dan dibesarkan di Chivasso, Itali. Siapa sangka pemuda awal 20-an itu mencipta nama sebagai sensasi internet.

Peak kepada kegemilangan Lame adalah berjaya menambah 15 juta pengikut dalam masa dua minggu. Perkongsian laman peminat yang lain serta reddit membantu Khabane Lame meningkatkan popularitinya.

Selepas menempa kegemilangan menerusi TikTok dan Instagram, Khabane Lame kemudian membangunkan lagi empayarnya di YouTube.

Malah figura awam seperti Del Piero dan Arthur pun pernah berada dalam video Lame. Punyalah power.

Bersama Del Piero

Bersama Arthur

Berapakah Pendapatan khaby Lame?

Menurut Starsunfolded, Khaby Lame kini menjana antara $13,380 sehingga $22,300 bersamaan dengan sekitar RM55,232.64 sehingga RM92,054.40 untuk setiap satu video yang beliau hasilkan. Yer tuan-tuan dan puan-puan, untuk SATU video. Video tersebut biasanya hanya beberapa saat sahaja.

Selain daripada video tentang memudahkan kehidupan yang entah apa-apa, Khaby juga suka membuat video kelakar yang lain.

Di sebalik popularitinya, Khaby Lame sebenarnya memiliki latar belakang yang sukar. Dia tiba dari Dakar, Senegal pada 2001 bersama dengan keluarganya yang berpindah ke Itali.

Dia memang mahu membantu keluarganya mengubah nasib mereka. Namun tak sangka rezekinya melimpah ruah menerusi internet. Dia sendiri tidak menyangkanya.

Bercakap kepada Corriere Della Sera, lame berkata “Sekarang saya nak buat kerja saya, menghiburkan orang, membuatkan orang ketawa, dan membantu ibu bapa, rakan rakan dan jiran saya. Saya terhutang budi segalanya dekat mereka.”

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!