Mon. Dec 5th, 2022
Nota Prof Muhaya Buat Bodoh Bodoh Untuk Bertemu Jodoh

Ini Nota Prof Muhaya ‘Buat Bodoh Bodoh’ Untuk Bertemu Jodoh

SELEPAS penularan video yang kurang menyenangkan bagi seluruh rakyat Malaysia, Prof Dr Muhaya dengan pantas memberikan respon pada rakyat Malaysia semalam di Facebook Page Prof Dr Muhaya

Video “Buat bodoh-bodoh” berdurasi 56 saat itu adalah video yang telah disunting dari edisi penuhnya ketika live di Facebook Page miliknya dan di Youtube yang berdurasi 45 minit oleh pasukannya sendiri.

Video itu diterbitkan pada 6 Feb 2021 jam 6 petang bertajuk “ANTARA CINTA DAN CITA-CITA”.

Menurut Prof Muhaya yang dikenali sebagai Bonda, siaran secara langsung Bonda adalah sebenarnya bagi menjawab persoalan KK Talib dan komen-komen dari Facebook berkaitan wanita yang dalam dilema, antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga.

Menurut keterangannya lagi, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya bagi kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.

Bonda juga mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda.

Dalam bahasa Malaysia, banyak dialek atau cara penyampaian yang berbeza. Jika disalah tafsir atau terjemah membawa maksud yang salah. Maksud bodoh-bodoh itu lebih kepada bersahaja, merendah diri (humble), tidak terlalu agresif dalam sesuatu perkara.

Sebenarnya buat yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, semua jawapan terkandung di pautan youtube Prof Muhaya TV bertajuk CINTA & CITA-CITA itu.

Tidak perlu cepat melatah apabila menerima sesuatu perkara. Kemungkinan cara penerimaan ketika itu emosi kita tidak terkawal dan melebihi paras akal yang waras. Akal yang waras akan bertindak untuk tabayyun atau selidik terlebih dahulu. Ini bersesuaian dengan tuntutan dalam Islam.

Bonda juga menyediakan nota ringkas pengisian video berdurasi 45 minit itu. Di bawah ini adalah nota ringkas yang ditulis dari video 45 minit itu.

Cita Cita Bonda Masa Kecil?

Ketika Bonda berusia 12 tahun berangan untuk menjadi cover girl, 16 tahun nak jadi pramugari, bila dah masuk Tun Fatimah baru terfikir nak berumah tangga dan nak jadi doktor.

Bonda berkahwin ketika berusia 22 tahun (kurang 2 minggu untuk masuk umur 22 tahun).

Dilema Berkahwin Awal

Kahwin awal lebih mudahkan proses ketika pengajian (halalkan ketika belajar bersama-sama diperpustakaan).

Bonda juga pernah menjadi top student selepas berkahwin. Jangan biarkan apa orang kata dan apa yang berlaku disekeliling pengaruhi dan masuk ke dalam minda kita.

Duduk refleksi, tanya pada diri sendiri dan tulis apa sebenarnya yang kita mahu dalam hidup? Kalau tak tahu apa kita nak, tulislah dulu apa yang kita tak nak, kemudian terbalikkan.

Kemudian tengoklah senarai yang kita nak, tanyakan pada diri sendiri, adakah kita boleh dapat perkara itu dalam keadaan bekerja atau tak bekerja?

Wanita perlu ada pengorbanan bila ingin berkahwin ketika usia muda, tapi persoalannya apa perkara yang kita willing to sacrifice? You have to make that decision, ask yourself the 7 levels of question.

Audit Fikiran

Semak semula fikiran kita bagus atau tidak bagus? Semak semula samada fikir benda yang baik atau fikir benda yang tidak baik?

7 Levels Of Question

Contoh 7 levels of question

Cara & Matlamat (End Goal)

Hidup ini ada dua: cara dan matlamat. Cuba fikir, Saya bekerja (cara) untuk akhirnya nak mendapat bahagia (end goal). Akhirnya yang aku inginkan adalah bahagia.

Now ask yourself, can you be happy without being having to work?

Salah satu dilema bila berkahwin di usia muda adalah untuk korbankan kerjaya. Berhenti kerja untuk jaga anak di rumah sebab suami mampu tanggung sebagai contoh.

Definisi pengorbanan: “You give something that is good to get something that is better.”

Namun ada juga masanya hadir rasa iri hati dengan kawan yang bekerja dan dah berjaya.

Ubatnya = Kesyukuran. Siapa bersyukur akan ditambah lagi nikmatnya.

Be grateful for what you have now. Ada kisah yang kahwin muda korbankan kerjaya rasa syukur dapat lihat anak depan mata, dapat sediakan makanan sihat, anak solat tepat waktu, etc.

Perbezaan Lelaki & Wanita

Lelaki mempunyai otak kiri dan kanan. Otak kanan developed dulu, kiri lambat, sebab tu lelaki suka main dalam kelas. Berbanding dengan perempuan, otak kiri developed dulu. Boleh faham bahasa, matematik, etc. Jadi, pendekatan dalam mendidik anak lelaki dan perempuan perlu berbeza.

Wanita walau macam mana berjaya pun kita, cuba lebih menghargai lelaki, hargai kekuatan mereka, hormati mereka sebagai ketua dalam rumah tangga.

Wanita cuba raikan dan hormati tentang kepimpinan lelaki yang Allah SWT kurniakan. Wanita tak perlu menandingi lelaki (cuba nak jadi setaraf macam lelaki), level testosteron akan naik, ini mungkin akan jadi salah satu faktor jodoh tak sampai lagi bagi yang belum berkahwin sebab sebahagian lelaki suka wanita yang lemah lembut, tinggi hormon estrogen, rendah diri (buat ‘bodoh-bodoh’ sikit).

Hidup Nak Kejar Cita-Cita Atau Kejar Makna Dalam Kehidupan?

makna kehidupan

Kita hidup dengan malaikat: Sentiasa merasakan dalam hidup ini sentiasa diperhatikan, malaikat sentiasa mencatat setiap tindakan kita.

Kesannya, akan jadi orang yang hidupnya akhiratnya, fokus dan hidup ‘magik’.

Hidup fokus pada kesyukuran. Akhirat terjaga, kehidupan di dunia terbina. Jadilah wanita yang solehah, solat tepat waktu.

Wanita Perlu Korbankan Cita-Cita Ke?

cita cita wanita

Bergantung pada cara (means) & matlamat akhir (end goal) kita nak apa dalam hidup ini? Kita hidup ini akhirnya nak bahagia. Ask yourself 7 levels of questions and specify your means & end goal.

Untuk tentukan matlamat akhir (end goal), tanya pada diri sendiri soalan-soalan ni:

Apakah yang kita ingin alami?

Contoh dalam pekerjaan, dalam perkahwinan, apa pengalaman yang kita nak alami? Kita nak hidup dalam keadaan happy dengan apa yang ada sekarang tapi bersangka baik pada masa akan datang.

Nak hidup dalam persekitaran yang penyayang, hidup disayangi, etc.

How do you want to grow?

Life must progress. Change is permanent, progress is a choice. Ada orang hidupnya statik, tidak ada progres. We want to grow our physical health, intellectual, emotion, spiritual, etc.

Apa manfaat kita nak beri?

Apa manfaat yang kita nak beri pada orang lain?

Tentang Jodoh

tentang jodoh

Istikharah. Mesti bahagiakan diri sendiri terlebih dahulu supaya dapat kebahagiaan dan membahagiakan apabila berkahwin.

Calon pasangan mestilah orang yang berakhlak baik dan mendirikan solat. Akhlak, orang tak boleh berlakon. Solat, orang boleh berlakon solat.

Penafian: Perkongsian nota dari FB Live Prof Muhaya ini adalah nota peribadi berdasarkan pemahaman saya. Gaya bahasa yang digunakan adalah santai dan secara kasual sahaja. Sebarang kesalahan fakta atau kefahaman amat dikesali dan harap dimaafi. Sebarang teguran amat dihargai. Terima kasih kepada yang sudi membaca, semoga bermanafaat dalam mencari keredhaan Allah. Amiin. Sila rujuk video asal untuk mendengar penjelasan penuh.

Sumber: Facebook Prof Dr Muhaya, Nota Antara Cinta dan Cita-Cita

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!