Mon. Dec 5th, 2022
[Video] "De Paula Sebenarnya Boleh Berlari Pantas Jika Dilihat Dari Cara Dia Berlari Meraikan Jaringan Tetapi .." - Cara Pembaca Berita Ini Perli De Paula Buat Netizen Ketawa

[Video] “De Paula Sebenarnya Boleh Berlari Pantas Jika Dilihat Dari Cara Dia Berlari Meraikan Jaringan Tetapi ..” – Cara Pembaca Berita Ini Perli De Paula Buat Netizen Ketawa

Melihat kepada cara penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Guilherme de Paula meraikan gol penyamaan ketika Malaysia tewas 1-2 di tangan Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal pagi tadi mengundang reaksi ‘nakal’ netizen.

De Paula meledak gol apabila menyempurnakan sepakan penalti yang diperoleh pada minit ke-73 selepas dia dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Dia yang sebelum ini dikritik hebat susulan aksi hambarnya ketika menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu, meraikan jaringan penyamaan itu dengan berlari ‘laju’ ke bangku simpanan bagi memeluk ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Selepas babak memeluk Cheng Hoe, De Paula dilihat mencampakkan botol air yang dipegangnya seolah-olah bagi melepaskan geramnya.

Bagaimanapun, komen netizen di sosial media Facebook kebanyakannya menyindir cara De Paula meraikan jaringannya itu yang disifatkan mereka seolah-olah Harimau Malaya sudah menang 4-0.

Paling mencuri tumpuan, komen seorang daripada netizen yang dikenali Kari ngeri apabila berkata, dia dapat menyaksikan De Paula akhirnya berlari ketika meraikan jaringan.

“Celebrate (raikan) berialah macam sudah menang 4-0. Nak tengok dia berlari pun masa raikan gol penalti. Emosi tak tentu pasal… orang nak kejar gol lagi,” katanya.

Seorang lagi netizen dikenali Luqman Hakim turut meninggalkan komen: “De Paula selama main ini dia simpan tenaga untuk raikan gol, lari raikan gol lagi laju daripada kejar bola… dia punya lari macam gol ‘bicycle kick’,” katanya.

Antara komen lain daripada Khairul Owns: “Syabas De Paula kerana dapat mengekalkan lari-lari anak sepanjang perlawanan. Cuma masa raikan gol saja paling laju.”

Tidak ketinggalan pembaca berita ini apabila membacakan berita mengenai kekalahan yang menimpa pasukan Harimau Malaya kita. Seakan memerli, beliau menyatakan yang De Paula sebenarnya boleh berlari jika dilihat dari cara beliau meraikan jaringan tetapi bila “game”, dia hanya dilihat berjalan sahaja. Kenyataan itu telah membuat netizen seakan bersetuju diikuti dengan gelak ketawa. Ha ha ha ..

Lihat Video:

Dalam perlawanan pagi itu, Vietnam membuka jaringan menerusi sepakan sudut yang disempurnakan dengan tandukan Tien Linh pada minit ke-26, sebelum De Paula menyamakan kedudukan.

Hasrat Malaysia mendapatkan gol kedua disentap apabila Vietnam pula dihadiahkan sepakan penalti kontroversi pada minit ke-80 yang disempurnakan Que Ngoc Hai untuk gol kemenangan Vietnam yang terus gah selaku pendahulu Kumpulan G.

Keputusan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya terus kempunan untuk mencipta kejutan ke atas skuad di ranking ke-92 dunia itu dalam enam perlawanan dengan kali terakhir mereka menewaskan Vietnam pada 2014.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!