Wed. Oct 5th, 2022
Tular Kes Tertukar Anak Di Hospital, Wanita Ini Bersyukur Kerana Berjaya Dapatkan Semula Bayi Dengan Selamat

Tular Kes Tertukar Anak Di Hospital, Wanita Ini Bersyukur Kerana Berjaya Dapatkan Semula Bayi Dengan Selamat

Beberapa ketika yang lalu, tular di media sosial mengenai seorang wanita yang mendakwa bayi yang baru dilahirkannya telah “tertukar” dengan bayi milik orang lain selepas dibawa pulang ke rumah dari sebuah hospital swasta.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Siti Jamumall berkata, ketika berada di rumah, suaminya menyedari seperti ada yang ‘tidak kena’ apabila tag nama yang dipakaikan pada kaki bayi mereka adalah nama ibu yang berlainan.

Dia melahirkan seorang bayi lelaki pada Jumaat (11 Jun) jam 2.36 pagi, manakala bayi lelaki berkenaan dilahirkan pada Khamis (10 Jun) jam 3 petang mengikut maklumat yang tertera pada tag.

Siti berkongsi kejadian tersebut menerusi satu siaran langsung secara live di Facebook Jamumall.com yang meraih lebih 45 ribu perkongsian oleh warganet dalam tempoh empat jam.

Tanpa berfikir panjang, dengan pantas Siti dan suami bergegas semula ke hospital berkenaan untuk “memulangkan” semula bayi berkenaan dan mengambil semula bayi mereka.

Tampil perjelas hal sebenar

Menerusi siaran langsung terbaharu, Siti menjelaskan debaran mereka sedikit reda apabila menghubungi pihak hospital dan berjaya mendapatkan ibu sebenar kepada bayi berkenaan yang sudah pulang ke rumah.

Ibu sebenar kepada bayi berkenaan yang tiba di hospital, memberitahu bahawa mereka (keluarga ibu bayi itu) juga tidak perasan akan bayi yang tertukar, didakwa kerana tidak menyemak dengan teliti penama yang ada pada tag berkenaan.

“Sebab pasangan tu merupakan anak yang pertama (dilahirkan), dan juga ibunya juga (bersalin) czer. Jadi diorang duduk berdua, diorang dah sayang sangat baby tu. Syukur sangat sebab anak Siti (saya) duduk dengan orang yang baik.

“Ibu tadi datang pun dia memang mata bengkak (menangis), sama-sama mata bengkak. Dia pun dah sayang anak ni, dia rasa sedih nak pulangkan. Saya terdiam, speechless. Takda pun nak marah ke apa, memang fikir anak je waktu tu..ada hikmah di sebaliknya,” katanya.

Rupa-rupanya dalam tempoh tertukar itu, masing-masing sudah saling menyusukan bayi yang ada dalam pangkuan mereka sekaligus timbul kasih dan sayang daripada naluri seorang ibu.

Kes ini berjaya diselesaikan setelah kedua-dua mereka ‘bertukar’ semula bayi berkenaan dengan kerjasama pihak hospital.

Situasi cemas “tertukar” anak ini disifatkannya seperti dalam drama, namun jelas Siti kedua-dua pihak tidak saling menyalahkan, malah berlapang dada untuk menerima apa yang berlaku.

Kata Siti, kejadian ini merupakan pengajaran baginya dan semua ibu yang bakal melahirkan cahaya mata. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya warganet yang mendoakan agar anaknya ditemui semula.

Risau Sekejap

Namun, selepas beberapa jam berada di rumah, Siti mula berasa risau kembali selepas mendapati tiada kesan cucukan ditangan seperti anak mereka yang pertama.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan rasa syukur yang tidak terhingga.

Pernah jugak nak tertukar

Pernah sekali kes bayi hilang kat hospital ..

Pasti ada hikmah

Kedua-dua parents kena saling berhubung selepas ini

Masing2 dah sayang kt dua2 baby tu

Ujian yang maha Esa

Kalau x jumpa ni, mau jadi sinetron

Penjelasan selanjutnya boleh ikuti di Facebook Jamumall.com

Sumber: FB Siti Jamumall

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!