Wed. Oct 5th, 2022
Viral Rakaman Lagu Negaraku Tersilap Pasang Sebelum Perlawanan Indonesia Menentang UAE Bermula

[Video] Viral Rakaman Lagu Negaraku Tersilap Pasang Sebelum Perlawanan Indonesia Menentang UAE Bermula

Belumpun bermula perlawanan, nampaknya pasukan Indonesia telah di “saiko” awal-awal lagi oleh pasukan UAE.

Inilah yang terjadi apabila satu insiden yang kurang enak dilaporkan telah menimpa pasukan bolasepak Indonesia apabila pihak penganjur tersalah memainkan lagu kebangsaan Indonesia.

Kejadian salah putar lagu kebangsaan yang menimpa pasukan bolasepak Indonesia itu terjadi ketika mereka menentang Emiriah Arab bersatu (UAE) dalam aksi timbal balik kelayakan Piala Dunia 2022 Zon Asia Kumpulan G yang berlangsung di Stadio Zabeel, Dubai malam semalam.

Seperti kebiasaannya, sebelum perlawanan berlangsung, lagu kebangsaan kedua-dua pasukan akan dimainkan.

Indonesia mendapat giliran terlebih dahulu.

Para pemain Indonesia yang penuh bersemangat untuk menyanyikan lagu kebangsaan negara berkenaan telah siap-siap meletakkan tangan mereka di dada serta menghadapkan diri mereka ke arah bendera negara tercinta.

Ketika semuanya telah bersiap sedia, pihak teknikal telah tersilap memutarkan lagu kebangsaan Malaysia iaitu ‘Negaraku’ di sebalik lagu kebangsaan Indonesia iaitu ‘Indonesia Raya’.

Para pemain kelihatan bingung dan segera memprotes dengan mengangkat tangan dan menjerit.

Peminat Indonesia yang hadir di stadium Zabeel turut dapat didengari menjerit dengan menyatakan bahawa lagu yang dimainkan itu adalah lagu kebangsaan Malaysia.

Ekoran daripada itu, lagu Negaraku terus diberhentikan selepas pihak pasukan bolasepak Indonesia dengan pantas bertindak menegur kesalahan yang dilakukan oleh pihak teknikal.

Pihak teknikal segera menyelesaikan kekeliruan itu dan terus memutarkan lagu kebangsaan Indonesia.

Penonton yang hadir terus bertepuk tangan dan menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia selepas pihak teknikal menyelesaikan kesilapan itu.

Reaksi Pemain

Pemain ini seolah-olah terbatuk apabila lagu yang dipasang buka lagu kebangsaan Indonesia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penyokong Indonesia melahirkan rasa kecewa dengan apa yang terjadi. Ini kerana perkara seperti ini tidak boleh terjadi. Lagipun, ini bukanlah perlawanan berstatus kampung.

Malaysia main dua kali rupanya

Lawan negara mana ni?

Negara lain pun pernah kena jugak

Mungkin ini punca kekalahan

Sampai terbatuk member sorang tu

Semua tu dah veteran

Cara UAE “saiko” pihak lawan

Sumber: Bolasport.com via SK

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!