Tue. Oct 4th, 2022
Angkara Curi Curi Makan Dalam Premis, Rider Ini Dimaki Dan Dihalau

Angkara Curi Curi Makan Dalam Premis, Rider Ini Dimaki Dan Dihalau

Di musim pandemik ini dapat dilihat pelbagai cara yang digunakan orang ramai dalam mencari rezeki. Salah satunya adalah dengan menjadi rider penghantar makanan, barangan dan sebagainya.

Tugas mereka yang penuh dengan cabaran terkadang membuatkan mereka terpaksa mencuri masa untuk berehat atau makan sebentar.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang rider Foodpanda ini dikatakan telah memakan dalam sebuah kedai tanpa izin pemilik kedai. Insiden tersebut telah membuatkan pemilik kedai berang dan menghalau rider Foodpanda berkenaan.

Selain itu, pemilik kedai berkenaan dengan keras menghalau serta memaki rider Foodpanda berkenaan atas kesalahan yang dibuat. “You ingat ini bapak you punya tempat” dan “You memang b0d0h” antara kata-kata yang dilemparkan kepada rider Foodpanda berkenaan.

Para netizen nampaknya hadir dengan pelbagai respon mengenai isu berkenaan. Terdapat netizen yang bersimpati dengan nasib rider yang beranggapan pemilik kedai harus bertimbang rasa dan bercakap dengan nada yang elok meskipun rider berkenaan membuat kesalahan.

Selain itu, terdapat juga netizen yang bersetuju dengan pemilik kedai berkenaan kerana sekiranya dibiarkan pemilik kedai berisiko untuk dikenakan kompaun.

Setakat artikel ditulis, video berdurasi 1 minit 41 saat ini sudah menerima hampir 500 komen dan lebih 250 perkongsian semula di laman Facebook.

Nak macam-macam info? Join group Nak Kecam Apa Hari Ini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!