Thu. Sep 29th, 2022
Pernah Tular Kongsi Kisah Keluarga Positif Covid-19, Kini Giliran Pemuda Ini Pula Yang "Pergi" Secara Tiba2

Pernah Tular Kongsi Kisah Keluarga Positif Covid-19, Kini Giliran Pemuda Ini Pula Yang “Pergi” Secara Tiba2

Sejak awal tahun ini, banyak khabar duka berkenaan pandemik Covid-19. Ada sahaja kisah dikongsi berkenaan ahli keluarga yang dijangkita wabak tersebut sehingga seorang demi seorang dijemput ambulans ke pusat kuarantin.

Hal ini samalah seperti satu perkongsian yang tular sekitar Januari lalu apabila seorang pemuda memaklumkan dari tujuh orang ahli keluarganya, hanya 3 sahaja yang tersisa dirumah setelah empat daripadanya disahkan positif Covid-19.

Status yang dimuatnaik 19 Januari lalu

Muat naik tersebut mendapat lebih daripada 35 ribu lebih perkongsian semula di Twitter dan benar-benar viral kerana salah seorang ahli keluarga ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dunia disebabkan pandemik ini.

Kakak maklumkan adik dah ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ

Namun, siapa sangka, khabar duka untuk keluarga tersebut tidak terhenti disitu sahaja kerana pemuda yang memuat naik kisah mereka itu juga telah dijemput Ilahi pada pagi tadi.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri kakaknya menggunakan nama @ulttlemonron apabila memberitahu yang adiknya, Amirul Aqmal telah kembali kerahmatullah pagi tadi selepas mengadu sakit kepala dan sesak nafas secara tiba-tiba.

.

 

Semalam sihat, harini sudah tiada

Menurut kakak pemuda itu, mereka sekeluarga sangat terkejut kerana allahyarham berada dalam keadaan sihat dan menjalani hari-hari sebelum ini seperti biasa.Namun tidak menyangka bahawa dia akan pergi selamanya pagi tadi.

Perasan terkejut & tak sangka

Tambah wanita itu lagi, mereka sekeluarga sedaya upaya membantu memberikan bantuan kecemasan sebelum ambulans datang namun, allahyarham telah pun pergi buat selamanya di hadapan ahli keluarga.

Lebih menghibakan adalah barang yang dipesan menerusi aplikasi beli-belah atas talian baru sahaja sampai dan belum lagi dibuka olehnya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet serta rakan-rakannya telah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Amirul Aqmal yang bersedih diatas pemergian pemuda itu.

Mereka juga terkejut mendengar khabar duka berkenaan selepas perkongsiannya berkenaan kehilangan ahli keluarga disebabkan Covid-19 tempoh hari masih segar diingati oleh warganet terutamanya pengguna Twitter.

Komen warganet

.

.

.

Sumber: Twitter @ulttlemonron

JOM MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG!

Klik jer link Shopee ni: Rot N Friends Shop

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!