Tue. Oct 4th, 2022
Viral Rakaman N'Golo Kante Dilihat Singgah Makan Nasi Lemak Sebelum Perlawanan Akhir Champions Leauge

Viral Rakaman N’Golo Kante Dilihat Singgah Makan Nasi Lemak Sebelum Perlawanan Akhir Champions Leauge

Viral Rakaman N’golo Kante Dilihat Singgah Makan Nasi Lemak Sebelum Perlawanan. Bagi anda yang meminati pasukan bola sepak Chelsea mahu pun pasukan kebangsaan Perancis, rata-rata anda pasti sudah pun mengenali nama pemain bola sepak N’golo Kante. Bukan sahaja terkenal dalam dunia bola sepak, malah beliau juga sangat mesra dengan sikap rendah diri dan mudah untuk didekati oleh orang ramai terutama peminatnya sendiri.

Terbaharu, nama N’golo Kante kini menjadi perhatian di kalangan netizen Malaysia selepas tular beberapa perkongsian foto di media sosial yang memperlihatkan Kante yang sempat berkunjung ke restoran Tukdin Flavours of Malaysia iaitu sebuah restoran yang menjual juadah Malaysia di London.

Tambah menarik lagi, menu sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia iaitu nasi lemak dengan kombinasi lauk ayam masak merah telah menjadi juadah pilihan buat santapan Kante sebelum beliau terbang ke Porto bersama skuad Chelsea untuk perlawanan akhir Champions League menentang Manchester City pada hujung minggu ini di stadium Estádio do Dragão, Porto. Perkongsian itu dibuat di laman Instagram TukdinFlavoursofMalaysia

“N Kante sudah pun menikmati juadah nasi lemak kosong dan ayam masak merah sebelum terbang untuk ke perlawanan akhir Champions League. Semoga berjaya,” tulis kapsyen bagi perkongsian foto daripada pekerja-pekerja restoran tukdin Flavours of Malaysia yang sempat bergambar bersama Kante.

Berharap N’Golo Kante serta pasukannya berjaya membawa kemenangan dalam perlawanan akhir Champions League untuk musim kali ini. Kali terakhir Chelsea mara ke perlawanan akhir bagi kejohanan tersebut ialah pada musim 2011/2012 dan mereka telah bergelar juara.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!