Thu. Sep 29th, 2022
Tular Rakaman Gadis Terakam Suara Garau Sewaktu Asyik Menyanyi Dalam Bilik Air

Tular Rakaman Gadis Terakam “Sesuatu” Sewaktu Asyik Menyanyi Dalam Bilik Air Yang Akan Buat Netizen Seram

SESETENGAH orang pasti mempunyai tabiat suka menyanyi di dalam bilik mandi tanpa mengira waktu.

Begitu juga dengan seorang wanita ini, namun tabiat tersebut tidak lagi dilakukan seperti mana kebiasaannya selepas dia mengalami pengalaman mistik, baru-baru ini.

Aku trauma nak mandi dalam bilik air aku sendiri. Scary!!!” demikian kapsyen pada video yang dimuat naik olehnya di aplikasi TikTok.

Menerusi video berdurasi 59 saat itu, kedengaran bunyi seakan SUARA LELAKI YANG GARAU sayup-sayup kedengaran menyanyi di sebalik bunyi pancuran air mandian.

Berkongsi cerita lagi, wanita yang mahu dikenali sebagai Indah Syafyra berkata, kejadian berkenaan berlaku tiga hari lalu sewaktu dia mahu membersihkan diri selepas pulang dari tempat kerja.

Indah berkongsi cerita dirinya mengalami gangguan ketika mandi sambil menyanyi di waktu malam, beberapa hari lalu.

Masa saya sampai rumah dalam pukul 9 malam, mak tiada di rumah kerana pergi ke rumah nenek yang terletak berdekatan, manakala ayah pula belum pulang dari kerja.

Tabiat saya memang akan bawa telefon bimbit dalam bilik mandi dan suka menyanyi masa mandi. Sajalah nak rakam nyanyian sendiri. Saya letak handphone di rak-rak sabun, dan menyanyi lagu ‘Sanggupkah Kau Bersabar Sayang’ dendangan kumpulan tahun 90-an, Scan.

Selesai mandi, mak ayah belum sampai lagi. Saya buka handphone nak dengar balik rakaman nyanyian sendiri. Alangkah terkejutnya saya bila suara saya langsung tak kedengaran, sebaliknya hanya suara lelaki garau yang sayup-sayup di sebalik bunyi shower,” cerita wanita berusia 26 tahun itu.

Selepas mendengar rakaman tersebut, wanita ini berkata serta merta dia meremang dan menggigil serta hanya mampu membuat panggilan video (videocall) dengan beberapa rakan untuk menemaninya sementara menunggu kepulangan ibu dan bapanya.

“Selepas mak sampai, saya cerita dan mak mulanya ingat saya ‘prank’ sehinggalah saya tunjukkan klip rakaman itu kepadanya. Mak pun terkejut dengar dan terus minta saya tutup. Saya hantar juga klip tu kepada ayah.

Indah turut bercerita kembali insiden yang dialaminya selain memberi maklum balas kepada komen netizen.

“Ayah kemudian forward klip tu kepada seorang ustaz. Pada Selasa baru-baru ini, ustaz berkenaan datang ke rumah kami untuk ‘pagar’ rumah. Kata ustaz, rumah kami tu tapak ‘dia’,” ceritanya yang menetap di kawasan perumahan jenis teres di Sungai Bakap, Jawi, Pulau Pinang.

Menurut anak ketiga daripada tiga beradik ini, insiden tersebut adalah yang pertama kali dialami sejak hampir lapan tahun menetap di rumah berkenaan.

“Kami sekeluarga tak pernah nampak apa-apa pun selama tinggal di sini. Cuma selepas insiden ini, mak juga buka cerita. Katanya, dia perasan seperti ada ‘benda’ yang selalu perhatikannya kalau di dapur. Itu sahaja,” katanya yang bekerja di sebuah kilang di Seberang Perai.

“Memang akan kejutkan mak untuk teman sejak insiden itu.”
INDAH SYAFYRA

Indah juga mengakui insiden berkenaan cukup membuatkannya fobia dan serik mengulangi tabiat suka menyanyi di dalam bilik mandi.

“Bukan itu saja, saya juga takut nak mandi seorang diri kalau awal pagi dan waktu malam. Rutin kerja saya memang keluar awal pagi, jadi seawal pukul 4 dah ke bilik air. Memang akan kejutkan mak untuk teman sejak insiden itu.

“Begitu juga selepas pulang kerja atau waktu malam… memang minta mak temankan dan dia akan duduk dekat dapur sehingga saya selesai mandi,” katanya.

Tambahnya, dia sekadar memuat naik video berkenaan di TikTok untuk berkongsi pengalaman mistik yang dialami namun tidak menyangka ia menjadi tular.

Pengamal perubatan Islam hadir ke kediaman keluarga Indah untuk ‘memulihkan’ rumah mereka.

“Ramai yang komen beritahu mereka pun takut bila dengar bunyi tu. Malah ada yang share pengalaman sama apabila menyanyi di bilik air. Tapi ada juga yang kata handphone saya mungkin ada masalah atau ia kesan ‘slow-mo’.

“Tapi untuk buktikan saya tak cakap kosong, saya rekod semula dalam mode ‘slow motion’ di bilik mandi. Ternyata ia sangat berbeza dengan rakaman awal yang jelas sekali bunyi air shower tersebut.

“Sekarang ni kami dah berikhtiar dan ustaz pun dah ‘pagar’ rumah. Mudah-mudahan tiada lagi gangguan pelik selepas ini,” ujarnya lagi.

Video:

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata mereka merasa seram bila mendengar suara tersebut. Tetapi ada juga yang mempertikai kerana semua ini boleh dilakukan dengan menggunakan Apps yang boleh didapati sekarang.

Meremanggg !!!

Kenapa macam dengar dia baca ayat Al-quran

Zaman budak dulu selalu la dengar org menyanyi masa tengah mandi

Memang dia akan rakam ke setiap kali mandi?

Kenapa dengar macam orang ngaji

Semoga henpon anda tak basah yer dik

Acah2 nak naik view je ni

JOM MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG!

Link Shopee: Rot N Friends Shop

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!