Tue. Oct 4th, 2022
terima_telefon_baru

Telefon PdPR ᴍᴇʟᴇᴛᴜᴘ Secara Misteri, Pelajar Dapat Telefon Ganti Yang Jauh Lebih “Power” Dari Telefon Asal”

TULAR di media sosial beberapa hari yang lalu apabila sebuah telefon pintar yang digunakan oleh seorang pelajar ᴍᴇʟᴇᴛᴜᴘ ketika sedang menjalani kelas PdPR. Peranti yang diterima sebagai sebahagian dari pakej Jaringan Prihatin kerajaan ᴍᴇʟᴇᴛᴜᴘ secara misteri ketika sedang dicaj.

Bagi membantu pelajar tersebut, pihak Xiaomi Malaysia tampil dengan terus memberikan bantuan dengan memberikan peranti gantian iaitu Redmi Note 10 5G yang merupakan antara model terbari dari mereka. Bantuan diberikan menerusi ibu pelajar Pn. Suryani Abd Ghani hari ini.

Telefon ᴍᴇʟᴇᴛᴜᴘ

Terdahulu, tular di media sosial mengenai sebuah telefon percuma daripada Program Jaringan Prihatin ᴍᴇʟᴇᴛᴜᴘ sewaktu sesi PdPR berlangsung.

Kejadian dikatakan melibatkan seorang murid berusia sembilan tahun di Gombak, Selangor.

Menurut hantaran di laman sosial Facebook tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun ibu saudara kepada murid terbabit memohon pihak berkenaan bertanggungjawab atas insiden berlaku.

Tidak Sampai Sebulanpun Guna

“Terbakar sudah. Nasib ada dekat rumah. Kalau tidak, mahu terbakar rumah. Anak buah tengah online PdPR menggunakan handphone YES. Tiba-tiba terbakar.

“Baru sahaja dapat tak sampai sebulan. Sedih rasanya. Kepada pihak YES silalah bertanggungjawab sikit,” tulisnya yang turut berkongsi gambar gambar keadaan telefon YES model Altitude 3.

Perkongsian wanita tersebut mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang meminta beliau membuat aduan rasmi.

Kenyataan Menteri

Mengulas lanjut perkara ini, Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad, tampil memberi penjelasan mengenai perkara yang terjadi.

Menurutnya, daripada 100,000 yang sudah diedar ke seluruh negara, hanya satu yang mungkin terbakar.

“Takkan itu kita hendak jadikan ia sebagai satu punca untuk kita membuat siasatan,” katanya kepada media.

Menurut Saarani, pihaknya pada masa mengalu-mengalukan syarikat lain yang mahu bekerjasama untuk menghulurkan sumbangan bagi kemudahan pelajar mengikuti PdPR.

“Saya sangat-sangat berterima kasih dan mengalu-mengalukan mana-mana lagi syarikat yang hendak memberi sumbangan percuma kepada kerajaan negeri, khususnya kepada orang miskin dalam apa jua bentuk bantuan untuk tujuan pembelajaran,” katanya.

Terdahulu, kerajaan Perak mengakui mengedarkan 20,000 telefon pintar kepada pelajar daripada keluarga B40 bagi program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) dikhususkan untuk pembelajaran semata-mata.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, perkara itu setidak-tidaknya dapat mengelakkan daripada penyalahgunaan peranti terbabit bagi tujuan seperti bermain permainan video.

Kenyataan itu kemudian mencetuskan rungutan sesetengah netizen yang mandakwa ia sebagai suatu penghinaan buat golongan B40.

Boleh Tahan Spec Telefon Ini

Dengan skrin 6.5-inci LCD 90Hz, dijana MediaTek Dimensity 700, memori 8GB RAM, storan 128GB danbateri sebesar 5000 mAh, Redmi Note 10 5G ialah peranti gantian yang jauh lebih berkuasa jika dibandingkan dengan peranti asal yang digunakan oleh pelajar tersebut.

Komen Warganet

Altitude tu model lama, bateri pun dh expired

Ini sudah flagship ni

Terus jadi fan xiaomi sampai besar

YES tolong ambil balik telefon sampah

Yang ini kelakar

Nice marketing, at least nice gesture

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!