Thu. Sep 29th, 2022
Bengang Tempahan Tidak Diterima Pada Hari Yang Sama, Teruk Pelanggan Ni Kena "Sekolah" Dengan Seller Shopee

Bengang Tempahan Tidak Diterima Pada Hari Yang Sama, Teruk Pelanggan Ni Kena “Sekolah” Dengan Seller Shopee

SEMENJAK PKP dilanjutkan lagi sehingga ke hujung bulan ini, pembelian barangan secara atas talian di laman e-commerce seperti Shopee atau Lazada semakin menjadi pilihan orang ramai dimana mereka boleh boleh dikatakan apa sahaja tanpa perlu keluar dari rumah. Malah, barangan runcit dan basah juga turut sedia ditempah melalui platform ini.

Di samping keterujaan orang ramai dalam mengharapkan barangan yang ditempah diterima dalam tempoh yang singkat, terdapat segelintir pembeli yang agak tidak sabar dan menganiaya penjual dengan memberikan rating yang agak rendah pada platform Shopee.

Berdasarkan sebuah gambar yang tular baru-baru ini di media sosial, terdapat seorang pembeli yang memberi rating yang agak rendah kepada seller gara-gara barang yang ditempah gagal diterima pada hari yang sama.

Lebih membuat orang ramai berang, pembeli tersebut turut mengesahkan barangan diterima dan memberi rating sejurus selepas barangan ditempah.

Apa yang menarik adalah jawapan balas daripada penjual tersebut dengan membandingkan pembelian di Shopee dengan perkhidmatan Foodpanda dan Lalamove dalam masa yang sama berjaya membuatkan para warganet terhibur. Berikut merupakan reaksi netizen mengenai isu yang berlaku.

.

Mengikut prosedur yang betul, pembeli hanya dibenarkan klik pada butang Order Received sekiranya sudah menerima barangan yang ditempah diikuti dengan pemberian rating. Pemberian rating merujuk kepada barangan yang ditempah dan bukanlah merujuk kepada pihak kurier.

Diharapkan isu ini tidak lagi berulang kerana mampu memberi kesan kepada pembeli di Shopee menerusi rating yang diberikan.

Melihat kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca yang ada antaranya adalah seller, rata-rata mereka berkongsi pengalaman yang seakan sama seperti di atas.

Jika teknologi mesin teleportasi itu wujud, khidmat rider mungkin tidak diperlukan lagi

Orang beli shopee, dia pun nak order shopee jugak

Buyer macamni memang annoying okeh

Ada jugak yang jenis ugut seller

Penjual di shopee ataupun lazada bergantung pada START RATING

 

Ada jugak yg mcm ni “SAYA X HALALKAN DUIT”

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!