Tue. Oct 4th, 2022
Bermula Dengan Satu Dua Pek, Kini Pasangan OKU Yang Hilang Kerja Tetap Raih Pendapatan Sehingga RM12,000 Seminggu

Bermula Dengan Satu Dua Pek, Kini Pasangan OKU Yang Hilang Kerja Tetap Raih Pendapatan Sehingga RM12,000 Seminggu

NASIB tidak menyebelahi sebahagian rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik Covid-19, terutama dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Bagi sepasang pasangan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan, impaknya telah dirasai lebih awal, kira-kira dua bulan lalu apabila restoran tempat mereka bekerja terpaksa ditutup.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul! Itulah perumpamaan sesuai bagi menggambarkan nasib Mohamad Yusri Azis dan isteri yang hilang sumber pendapatan tetap, hingga kisah mereka menjadi tular.

Yusri, 28, berkata, dia dan isteri, Nur Jannah Tan Jia Hui, 29, yang baru dikahwininya pada bulan lalu, bekerja di sebuah restoran berkonsepkan ‘dine-in’ di Johor, sejak akhir 2019.

Terkejut juga bila restoran tu terpaksa ditutup, memang sedih. Tapi kami akur restoran itu sukar untuk beroperasi dalam keadaan sekarang,” katanya lagi.

Produk sambal hitam dijual Yusri dan isteri.

Siapa sangka pasangan ini sebenarnya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sosio-Budaya Melayu dari Universiti Malaya (UM) dan melalui bantuan seorang rakan sepengajian, mereka dapat menceburi bisnes menerusi platform e-dagang.

Yusri yang berasal dari George Town, Pulau Pinang bagaimanapun bersyukur minat mereka dalam perniagaan sejak di universiti dengan melakukan bisnes ‘top up’ dan menjadi ‘dropship’ pelbagai barang secara dalam talian membolehkan mereka terus menjana pendapatan sampingan.

Dengan bantuan seorang rakan universiti, kami dapat mewujudkan ‘kedai dalam talian’ menerusi platform e-dagang, sejak 1 Jun lalu.

“Saya bersyukur adanya teknologi dan aplikasi yang memudahkan semua pihak terutama golongan OKU seperti saya untuk menjana pendapatan dengan lebih mudah,” ujarnya.

Menjual produk sambal hitam menerusi platform e-dagang popular, pasangan itu tetap bersyukur meskipun jualan kurang memberangsangkan di peringkat permulaan.

Sambutan jualan produk di luar jangkaan.

Menurut Yusri, dia bagaimanapun tidak menyangka posting yang dibuatnya di laman Facebook menjadi tular sehingga meraih banyak perhatian dari pelbagai platform.

“Masa mula-mula berniaga, sambal hitam hanya terjual satu atau dua, paling banyak pun lima pek sehari. Tapi selepas viral, order boleh cecah 100 pek sehari!

“Dalam tempoh seminggu, jualan sambal hitam cecah 1,000 pek dengan jualan kira-kira RM12,000. Syukur Alhamdulillah, memang kami tak sangka apatah lagi sekarang tengah PKP,” katanya dengan nada teruja.

Dalam apa jua yang kita lakukan, kata kuncinya kita mesti mencuba. Kalau tak cuba, macam mana kita nak tahu?
YUSRI

Selain sambal hitam, katanya, mereka turut menjual makanan dan produk kecergasan, termasuk makanan sedia dimakan seperti pekasam di platform e-dagang.

“Alhamdulillah, satu berita baik buat kami yang sebelum ini terkesan dengan penutupan restoran tempat kami bekerja. Memang terkejut kerana kami baru berniaga secara tetap.

“Kami masih dalam proses belajar bisnes, dan mengalu-alukan usahawan dalam talian untuk berkongsi tip perniagaan bersama kami,” tambahnya.

Yusri (kanan) dan isteri berminat dalam bisnes sejak di universiti.

Dalam pada itu, Yusri turut menasihati mereka yang mahu menceburi bidang perniagaan dengan mencubanya secara serius sekiranya benar-benar berminat.

“Dalam apa jua yang kita lakukan, kata kuncinya adalah mesti mencuba. Kalau tak cuba, macam mana kita nak tahu? Masa tu boleh belajar dan memperbaiki kesilapan.

“Tak perlu modal yang besar untuk buat bisnes, boleh saja melakukannya secara kecil-kecilan. Yang penting jangan takut untuk mencuba,” katanya.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat berbangga dengan apa yang dilakukan oleh pasangan ini. Walau serba “kekurangan”, ini bukan alasan untuk mereka hanya duduk dan menunggu bantuan tiba.

Siapa berusaha, pasti peroleh kejayaan

walau serba “kekurangan” tapi tidak merungut

Aku dah beli, sambal hitam dia sedap

Jika kita ikhlas & redho, Alla pasti permudahkan urusan kita

Semoga terus berusaha menjadi usahawan OKU yang sukses

Patutnya jumlah pendapatan mereka tu dirahsiakan

Malulah yang cukup sifat & sihat tapi malas

Semoga sentiasa dalam lindungan Allah

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!