Tue. Oct 4th, 2022
Amalan Periksa Pelajar Datang haid, Jawatankuasa Bebas Siasat Kes

Amalan Periksa Pelajar Datang haid, Jawatankuasa Bebas Siasat Kes

Putrajaya: Kementerian Pendidikan (KPM) dalam peringkat akhir menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menangani kes amalan memeriksa pelajar perempuan secara fizikal untuk membuktikan mereka datang haid.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, selain itu jawatankuasa itu juga akan meneliti tatacara menangani aduan-aduan yang diterima oleh pihaknya.

“Jawatankuasa ini akan mengesyorkan aspek yang perlu dilakukan bagi penambahbaikan terhadap mekasnisme sedia ada.

“Sebarang aduan yang diterima akan fire break berdasarkan mekanisme sedia ada,” katanya pada sidang media secara maya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan kes amalan memeriksa pelajar perempuan secara fizikal untuk membuktikan mereka datang haid.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan pelajar di beberapa sekolah yang tidak dinamakan mendakwa amalan itu dikatakan berlaku sejak lebih 20 tahun lalu.

Radzi sebelum ini turut dilaporkan meminta nama sekolah yang terbabit dengan amalan itu untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang berusaha mengesan kes seumpama itu di sekolah berasrama di bawah KPM dan setakat ini tiada sebarang maklumat amalan itu wujud dan akan mengambil tindakan susulan jika ada maklumat lengkap.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!