Tue. Oct 4th, 2022

Cara Membina Aset Dari Pendapatan Persendirian Dengan RM260

RAMAI orang tahu menjana pendapatan tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana untuk membina aset peribadi dari pendapatan.

Aset ini juga dipanggil simpanan dan pelaburan. Apabila kita peroleh pendapatan, asingkanlah 20% darinya terlebih dahulu untuk bahagian simpanan dan pelaburan.

Jika pendapatan anda RM1300, asingkan RM260 untuk membina aset peribadi.

Apa yang boleh dilakukan dengan RM260?

Bina aset dengan RM260

Jangan kita menyangka RM260 ini adalah nilai yang kecil dan tidak akan membesar. Pepatah orang dulu-dulu adalah “Sikit-sikit lama lama menjadi bukit”.

Dari RM260 itu anda boleh bahagikan ia kepada empat bahagian. Bahagian pertama, letakkan RM60 di dalam ASB. Bahagian kedua, simpan RM60 di dalam Tabung Haji. Bahagian ketiga, simpanlah RM60 sebagai modal untuk membeli emas. Dan yang terakhir adalah simpanan kecemasan, RM80.

Tahukah anda?

Majoriti rakyat Malaysia tiada simpanan kecemasan minima RM1000. Ini sangat membimbangkan kerana risiko tidak akan pernah memberitahu bila ia datang dan berapa lama tempohnya.

Rakyat Malaysia perlu sedar dan ambil iktibar dari krisis pandemik yang berlaku pada 2020 dan 2021 ini. Tidak boleh dinafikan, mungkin juga krisis ini akan berlanjutan selama beberapa tahun lagi.

Tidak meletakkan telur dalam satu bakul

telur dalam satu bakul

Meletakkan telur dalam satu bakul adalah risiko yang paling tinggi kerana cuba anda bayangkan, bakul itu dapat dihidu oleh musang atau haiwan yang gemarkannya?

Sudah pasti anda akan kehilangannya dan anda sudah tidak ada lagi baki untuk dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan. Sekaligus menjadikan anda berasa lapar dan merasa rugi kerana kesilapan anda mempunyai satu bakul sahaja untuk meletakkan telur-telur tadi.

Dengan cara yang dikongsikan tadi, jelas bahawa anda tidak meletakkan telur di dalam satu bakul sahaja. Anda ada simpanan di ASB, Tabung Haji, emas dan juga tabung kecemasan.

Jika harga emas turun untuk dijual, anda tidak perlu risau kerana dividen dari ASB dan Tabung Haji sudah memadai. Ini adalah langkah bijak bagi mengatasi risiko.

Tabung kecemasan

tabung kecemasan

Ramai tidak tahu bagaimana untuk membina tabung kecemasan ini. Tabung ini adalah sebahagian dari 20% yang telah anda bahagikan kepada empat bahagian di awal tadi.

Kiraan bagi mencukupi tabung ini adalah dengan mengira berapakah jumlah gaji keseluruhan anda selama enam bulan. RM1300 x 6 bulan = RM7800.

Jika sebulan anda menyimpan sebanyak RM80 sebulan, terpaksa memakan masa selama lapan tahun dua bulan.

Untuk penuhkan tabung kecemasan ini, anda perlu membuat pekerjaan sampingan yang tidak membebankan kerja hakiki anda. Anda mungkin boleh menjadi dropshipper sesuatu produk atau berniaga atas talian seperti menjual produk di Shopee, Lazada atau Facebook Marketplace.

Katakanlah dari pekerjaan sampingan itu menjana RM500 sebulan, ia sudah memadai kerana fokus anda adalah untuk membuat tabung kecemasan sahaja. Secara tidak langsung, anda telah berjaya menyimpan RM8120 dalam masa setahun dua bulan sahaja berbanding lapan tahun dua bulan.

Tetapkan berapa yang perlu anda jana selama sebulan dari pekerjaan sampingan itu sebagai tanda anda jelas dengan tindakan dan matlamat anda.

Jangan lakukan kesilapan biasa orang lain

jangan-lakukan-kesilapan-ini

Kesilapan ini biasa dilakukan oleh orang yang tiada matlamat kewangan. Mereka biasanya akan berbelanja dahulu baru menyimpan. Punca inilah menjadikan rakyat Malaysia tidak ada wang simpanan kecemasan dan aset yang boleh dicairkan ketika berlaku krisis ekonomi.

Amalkan menyimpan dahulu kemudian berbelanja. Didiklah anak-anak anda dan juga kongsikan pada rakan-rakan lain supaya mereka dapat bersiap sedia ketika menempuh krisis ekonomi akan datang.

Dengan cara yang dikongsikan tadi, setiap bulan anda sedang mencipta aset anda. Secara tak langsung, empat bahagian anda bergerak setiap bulan meskipun anda tidak berjaya menyimpan emas berkilogram sekali pun, aset yang lain tetap bergerak!

Perhatikan jadual di bawah:

cara bina aset peribadi
Ini tidak termasuk dividen tahunan bagi ASB dan Tabung Haji. Harga pasaran emas juga adalah mengikut anggaran harga pasaran.

Secara keseluruhannya, anda berjaya membina aset RM10,640 dalam masa empat belas bulan sahaja. Pengiraan ini tidak termasuk dividen tahunan bagi ASB dan juga Tabung Haji.

Tetapi perlu diingatkan juga, aset-aset ni adalah ketika anda masih hidup. Dalam masa yang sama, tidak dinafikan komitmen hutang perlu di atasi dengan betul. Daftarlah mana-mana pakej dari mana-mana syarikat takaful di Malaysia ini dan pastikan ia tidak melebihi 10% dari pendapatan anda.

Ia penting bagi melindungi pendapatan dan sebagai pelupusan hutang anda sekiranya anda tidak lagi mampu bekerja atau meninggal dunia. Sekali gus tidak membebankan waris atau ahli keluarga untuk menyelesaikan tuntutan hutang daripada anda.

Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan meningkatkan semangat anda untuk membina aset peribadi, kongsikan pada yang lain juga! Semoga bermanfaat dan salam kejayaan!

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!