Tue. Oct 4th, 2022
Suami Happy Penantian Hamil Zuriat Kedua Berakhir Selepas 16 Tahun Tapi Anak Yang Sulung Pulak Buat "Hal"

Foto kiri suami menerima kejutan 'kit ujian kehamilan', foto kanan Aisyah (tengah) bersama suami (kiri) dan anak sulungnya.

Suami Happy Penantian Zuriat Kedua Berakhir Selepas 16 Tahun Tapi Yang Bakal Jadi Abang Pulak Buat “Hal”

BAGI pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan untuk memiliki cahaya mata yang dianggap sebagai anugerah paling berharga dan pelengkap didalam keluarga.

Namun, rezeki itu adalah rahsia Allah dan setiap pasangan akan diuji sama ada cepat atau lambat mereka dikurniakan anak sebagai penyambung zuriat dan pengikat kasih.

Menerusi satu video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, seorang wanita membuat kejutan apabila “menghadiahkan” suaminya dengan kit ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif – dia disahkan hamil selepas mempunyai anak sulung yang kini berusia 17 tahun.

Wanita bertuah itu, Siti Aisyah Ibrahim, 40, berkata, kejutan itu sebenarnya dibuat pada Januari lalu selepas solat Subuh dan hanya dikongsikan kepada umum menerusi aplikasi tersebut, minggu ini.

Kit ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif.

Lebih mesra disapa Aisyah, katanya, suaminya yang berusia 44 tahun pada mulanya terkejut selepas melihat kit ujian kehamilan yang diletakkan dalam sebuah kotak jam tangan dan seakan tidak percaya dengan berita gembira tersebut.

“Mesti terkejut sebab penantian saya dan suami untuk menimang cahaya mata kedua sejak 16 tahun lalu berakhir. Anak sulung dah 17 tahun, belajar di Tingkatan 5.

“Anak lelaki tu saya hamil ‘bunting pelamin’. Selepas lahirkan dia, saya ada hamil lagi tapi keguguran dan selepas tu kami tidak diberikan rezeki anak lagi,” katanya kepada sebuah blog.

Aisyah dan suami mula melakukan aktiviti berbasikal sejak tahun lalu.

Aisyah berkata, dia menghidap penyakit berkaitan tulang belakang dan menjalani pembedahan beberapa tahun lalu sebelum doktor menasihatkannya supaya tidak hamil buat sementara waktu bagi mengelakkan sebarang risiko.

“Saya hanya berehat selama dua, tiga tahun. Selepas itu kami berusaha lagi tapi belum ada rezeki. Bila saya lewat datang haid dan check kit ujian kehamilan, keputusannya negatif.

Kepada mereka menantikan cahaya mata, nasihat saya supaya bersabar. Teruskan usaha, berdoa dan bertawakal. Suami isteri juga kena sentiasa berfikiran positif
AISYAH

“Beberapa kali berlaku, tapi masih negatif. Kami juga berjumpa dengan beberapa pakar, ada yang menyarankan kami untuk melakukan IVF (rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro) tapi kami tak nak,” ujarnya yang enggan mengulas sebab tidak mahu melakukan rawatan itu.

Dalam pada itu, jururawat yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan mula melakukan aktiviti berbasikal bersama suami sejak tahun lalu, untuk mengurangkan berat badan.

Aisyah yang kini hamil tujuh bulan.

Selain itu katanya, dia dan suami turut melakukan amalan bersedekah dengan membuat tabungan setiap kali selepas solat Subuh.

“Saya dan suami simpan duit dalam tabung selepas solat Subuh, tanpa menetapkan jumlahnya. Setiap Jumaat, hasil tabungan itu kami sedekah di masjid-masjid.

“Kami terus berdoa agar dikurniakan zuriat lagi. Berbelas tahun kami menunggu dengan sabar. Benar, anak ini adalah rezeki Allah, syukur Alhamdulillah doa kami dimakbulkan.

“Kepada mereka menantikan cahaya mata, nasihat saya supaya bersabar. Teruskan usaha, berdoa dan bertawakal. Suami isteri juga kena sentiasa berfikiran positif,” ujarnya.

Aisyah (tengah), suami (kanan) dan anak lelaki mereka bakal menerima kehadiran ‘orang baharu’.

Menurut Aisyah, dia yang kini hamil tujuh bulan dan dijangka bersalin pada akhir Ogos bersabar menantikan detik istimewa itu termasuk mengetahui jantina cahaya mata kedua.

“Biarlah ia menjadi kejutan buat kami. Buat masa ini kami lebih menumpukan pada anak sulung yang sehingga ke hari ini seperti tidak percaya saya hamil lagi.

Anak Yang Sulung “Merajuk”

“Masa mula-mula dapat tahu tu, bakal “abang” ni menangis, dia merajuk sampai mogok. Dia kata nanti saya dan suami tak akan sayangkan dia lagi bila dah ada baby baru. Sampaikan ibu mentua saya kena pujuk.

“Anak lelaki saya ni manja dan sensitif. Yelah, 17 tahun dia seorang saja anak kami. Harap nanti dia dah bersedia untuk jadi seorang abang dan tak merajuk lagi,” katanya.

Video

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut. Ada juga antara mereka berkongsi yang hampir sama. Tidak kurang juga ada yang mengatakan masih lagi menanti zuriat sehingga sekarang. Apa-apa pun, perancangan Allah adalah sebaik rancangan. Kepada mereka yang masih menanti, diharapkan bersabar dan teruskan kepada Allah untuk dipermudahkan urusan. InsyaAllah.

Alhamdulillah, sayapun masih menanti cahaya mata kedua

Saya sendiri menanti kehadiran anak ke-2 selama 25 tahun

Moga saya juga diberikan rezeki anak ke-2

Doakan saya juga memiliki zuriat sendiri

Tahniah, semoga bayi membesar dengan baik dan sihat

Hanya yang mengalami dapat merasainya

Jagalah sebaik-baiknya, saya masih menanti dah 14 tahun

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!