Thu. Sep 29th, 2022

Foto kiri tangkap layar video anak Melissa yang menangis di ribanya selepas menyemak keputusan SPM, foto kanan Melissa bersama anak sulungnya.

[Video] Mulanya Sujud Syukur Tapi Lepas Tu Dia Mula Menangis Teresak-esak Di Riba Ibunya

SIAPA yang tak sedih apabila keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini tidak seperti yang diharapkan.

Apatah lagi ramai calon mendapat keputusan semua A (straight A), ia menambah lagi tekanan dan kesedihan remaja lelaki ini.

Satu video di aplikasi TikTok mengundang sebak netizen apabila seorang lepasan SPM hanya mampu menangis di riba ibunya, sambil wanita itu mengusap-usap anaknya untuk ditenangkan.

Musni Malisa Mustafar berkata, video tersebut dirakamkan sebaik anak sulungnya yang berusia 18 tahun menyemak keputusan SPM 2020.

Melissa bersama anak sulungnya yang baru memperoleh keputusan SPM.

Wanita berusia 42 tahun itu memberitahu, pada masa itu anaknya cukup beremosi kerana keputusan yang diterimanya adalah sekadar ‘sederhana’.

“Anak dapat keputusan sederhana, ada A, B dan C. Mula-mula dia sujud syukur sebab teruja apabila tiada subjek yang memperoleh keputusan gagal.

“Dia kemudian tiba-tiba menangis teresak-esak sebab keputusannya tak cemerlang… tambahan pula dia adalah anak sulung, dan anak yang pertama untuk belajar di universiti,” katanya lagi.

Lebih dikenali sebagai Melissa, dia amat bersyukur dengan keputusan yang diraih anaknya kerana memahami cabaran belajar dalam persekitaran yang sukar ketika pandemik Covid-19.

Melissa merupakan ibu tunggal yang membesarkan empat anaknya.

Ibu tunggal itu turut berbangga dengan prestasi akademik anak sulung daripada empat beradik itu kerana ada peningkatan berbanding keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

“Keputusan PT3 dia agak teruk semasa di Tingkatan 3. Jadi, saya tengok dia begitu struggle untuk menunjukkan perubahan dalam SPM kelak.

“Dia berjaya melakukan perubahan dan saya tak sangka dia mampu melakukannya dengan baik. Bagi saya peningkatan prestasi itu sudah cukup tinggi,” ujarnya yang kini menetap bersama anak-anak di Shah Alam, Selangor.

Terimalah anak seadanya walaupun terdapat kelemahan dan kekurangan mereka. Akademik memang penting, tapi bukan segala-galanya.
MELISSA

Melissa yang juga guru penolong kanan di Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman di Pelabuhan Klang, Klang itu menyifatkan anaknya itu seorang yang baik dan penyabar.

“Dia seorang yang mendengar kata, tenang dan penyabar serta begitu caring terhadap adik-adiknya. Dia ibarat tunjang dalam keluarga.

“Saya kata abang (panggilan anak) sudah melakukan yang terbaik, dan membanggakan mummy (panggilan ibu). Teruskan usaha, mudah-mudahan dapat masuk universiti dan berjaya di dunia dan akhirat,” katanya yang berpengalaman dalam bidang perguruan sejak 2003.

Anak sulung Melissa merupakan seorang abang yang penyayang.

Menurut wanita itu, perkongsiannya di TikTok bertujuan menyampaikan mesej kepada ibu bapa agar tidak meletakkan harapan terlalu tinggi sehingga memberi tekanan kepada anak-anak.

Nasihat saya, terimalah anak seadanya walaupun terdapat kelemahan dan kekurangan mereka. Akademik memang penting, tapi bukan segala-galanya sehingga sanggup meminggirkan anak-anak kerana keputusan yang tidak cemerlang.

Hargailah amanat yang Allah berikan, sebagai penyambung zuriat kita. Doa dan restu kita buat anak adalah yang terbaik.

Jika keputusan bukan seperti yang diharapkan, berilah semangat kepada mereka untuk tidak berputus asa dengan melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.

Bimbingan yang baik buat anak-anak pasti membentuk mereka dengan akhlak yang baik. Akhlak perlu seiring juga. Saya percaya mereka akan menjadi yang lebih baik,” katanya.

Video:

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih dengan apa yang tetapi menisahati pelajar itu supaya tidak kecewa dengan keputusan yang diterima kerana cabaran hidupnya bermula hanyalah lepas SPM dan keputusan SPM itu bukanlah keputusan segala-galanya.

Alhamdulillah, bangga dengan cikgu terima result anak dengan hati terbuka

InsyaAllah adik akan berjaya di masa hadapan

Jangan putus asa, insyaAllah ada rezki ke menara gading

Keputusan SPM bukanlah tiket untuk berjaya

Adik akan lebih cemerlang bila berada di U nanti

Syukur anak ada ibu yang cukup memahami

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!