Tue. Oct 4th, 2022

Beli Barang Di Kedai Hardware, Gadis Terkejut Dapat “Surat Cinta”

APABILA membeli sesuatu barangan tidak kiralah di pasaraya atau kedai-kedai, pasti resit adalah perkara utama yang akan diambil kerana ia bukan sahaja memaparkan jumlah wang dikeluarkan.

Malah jika berlaku kerosakan atau tersalah menerima barang dengan resit, kita dapat menukar barangan tersebut jadi sudah tentu ia akan diteliti terlebih dahulu.

Namun begitu, selepas menonton satu hantaran video oleh seorang gadis ini tentang resit yang diterimanya di sebuah kedai hardware, mengundang netizen rasa menyesal kerana tidak teliti membaca resit.

Ini kerana bagi sesetengah orang yang sudah cukup yakin barang dibeli, resit akan terus dibuang namun bagi si gadis berkenaan, selepas meneliti resit barang dibelinya terdapat ayat yang meminta untuk berkenalan dengan dirinya.

Mengakui pertama kali dapat versi dalam resit, netizen turut terhibur menyaksikan cara seorang lelaki yang ingin mengorat gadis itu.

VIDEO:

Menerusi ruangan komen di hantaran video itu, ribuan komen diluahkan netizen sambil berseloroh dengan resit yang tidak dibaca dengan teliti sebelum ini.

“Akhirnya mereka pun berkahwin”

Kalau kena tinggal nanti bak viral macam ni jugak ke?

Mesej buaya lain, mesej teruna lain

Saya selalu gumpal dan buang

Tak salah mencuba

Zaman dulu lagi macam-macam cara

Standard la tum jenis nak kenal cara fantasi

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!