Wed. Oct 5th, 2022

Rakaman Kes Ahli Keluarga Menᴄᴇᴅᴇʀᴀkan Petugas Kesihatan Yang Tersebar Bukan Berlaku Di Malaysia

TULAR di media sosial video menunjukkan beberapa individu yang yang memakai sut alat perlindungan diri (PPE) telah diꜱᴇʀᴀɴɢ sekumpulan lelaki yang dipercayai waris ahli keluarga pesakit yang menɪɴɢɢᴀʟ akibat Covid-19.

Berdasarkan video berdurasi 48 saat itu, sumber dari akaun TikTok @Pelita_Adat mendakwa kejadian itu berlaku di Sabah. Kemudiannya video tersebut telah dikongsi semula oleh individu bernama Sofian Fariz di akaun Facebook, tanpa menyelidik kesahihannya terlebih dahulu menyebabkan ramai netizen yang ʙᴇɴɢᴀɴɢ dengan berita palsu tersebut.

Semakan mendapati, kes itu sebenarnya berlaku di Kota Palangka Raya, Kalimantan Tengah, Indonesia pada Selasa 21 Julai tahun lepas.

Lapor portal Suara.com, salah seorang anggota keluarga ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ berkenaan tidak berpuas hati ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ diᴋᴇʙᴜᴍɪkan mengikut protokol Covid-19. Gagal mengawal keᴍᴀʀᴀʜan diri, salah seorang suspek terus menolak petugas makam sehingga terjatuh.

“Ini bukan Covid! Bukan Covid ini!” teriak suspek yang datang bersama segerombolan ahli keluarganya.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila suspek yang sama menghalau dan menolak petugas lain serta memᴜᴋᴜʟ seorang lagi petugas sehingga terjatuh tidak sedarkan diri.

Kejadian itu mengundang banyak perhatian netizen yang mengecam tindakan suspek tidak bertamadun dan ʙɪᴀᴅᴀʙ terhadap petugas makam.

“Tak dapat bayangkan mereka kerja setiap hari mempertaruhkan nyawa di kala pandemik dengan risiko penyakit berbahaya. Tak pasal-pasal diᴛᴜᴍʙᴜᴋ orang awam,” kata Jnessy.

Kalau begini perangainya, tɪɴɢɢᴀʟkan saja ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ itu dan biar mereka uruskan sendiri. Ambil nama mereka semua dan kalau mereka terkena Covid, jangan diberi rawatan. Orang tolol tak perlu dikasihankan,” kata Maszdon.

Justeru, netizen dinasihatkan untuk berhenti menyebarkan video yang tertera kapsyen kononnya kejadian itu berlaku di Sabah. Sebaik-baiknya semak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima dengan menggunakan enjin pencarian yang sedia ada sebelum menyebarkannya.

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!