Wed. Oct 5th, 2022
Nasi Berlauk Ibu Tunggal Ini Hanya Berharga RM1.50 Sahaja

Tular Nasi Berlauk Ibu Tunggal Ini Dijual Dengan Harga RM1.50 Sahaja

SEORANG ibu tunggal dari Kampung Alor Tar di sini menjual nasi berlauk pada harga RM1.50 sebungkus bagi membantu meringankan beban penduduk setempat.

Siti Suhada Salleh, 34, yang kematian suami sejak lima tahun lalu berkata, penetapan harga itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa penduduk kampung yang terkesan dengan perlaksanaan Sekatan Penuh Pergerakan akibat pandemik Covid-19.

Siti Suhada dari Kampung Alor Tar, Tumpat membantu meringankan beban penduduk setempat dengan menjual nasi berlauk pada harga RM1.50 sebungkus.

“Nak jual mahal, saya takut harga itu akan membebankan penduduk. Apabila dibuat kira-kira, saya dapati masih terselit rezeki dan tanpa berfikir panjang sayapun membuat keputusan untuk menjual nasi berlauk pada harga RM1.50,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Menurutnya, dia terkejut apabila sarapan pagi yang dijual itu tular di laman sosial sosial media sehingga memberikan rezeki terpijak buatnya tanpa disedari.

Orang ramai sanggup beratur panjang untuk membeli nasi berlauk Siti Suhada selepas ia tular di laman sosial Facebook sehingga memberikan rezeki terpijak buatnya tanpa disedari.

Katanya, sejak tular, dia berjaya menjual lebih 80 bungkus nasi setiap hari dan jumlah itu makin bertambah dari semasa ke semasa sehingga mencecah 500 bungkus sehari.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, dia menawarkan dua menu nasi berlauk kepada pelanggan iaitu ayam dan ikan, selain nasi lemak pada harga yang sama.

Siti Suhada berkata, langkah menjual nasi itu diambil selepas dia tidak dapat melakukan tugas sebagai pembersih mesin penapis air susulan perkhidmatan tersebut dibekukan kerajaan buat sementara.

Siti Suhada (kiri) dibantu adiknya, Siti Salma di gerai yang dibuka di hadapan rumah mereka di Kampung Alor Tar, Tumpat.

“Peringkat awal, saya berniaga nasi berlauk secara kecil-kecil dengan menjual dari rumah ke rumah menerusi bantuan adik, Siti Salma.

“Apabila laris saya dan adik membuat keputusan untuk membuka gerai kecil di hadapan rumah selepas tidak larat untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi kerana permintaan yang banyak,” katanya.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong dengan tindakan ibu tunggal ini yang mampu menjana pendapatan walaupun negara dilanda pandemik COVID-19.

Dulu pernah famous nasi lemak anak dara, sekarang nasi berlauk janda pulak

Susah dah nak jumpa harga macam ni zaman sekarang ni

Yang mahal pun sanggup beratut, inikan pula yang murah

Yang sibuk orang bercakap pasal perkataan “Janda”

Moga yang pergi tu membeli patuh SOP

Orang pakat beratur sebab harga dia tu, bukan dengan status penjual tu

Mungkin penjual ni ada rezeki lebih, itu yang dia jual murah dengan orang kampung

Mana tau kot2 terselit jodoh, rezeki dia jugak nanti

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!