Thu. Sep 29th, 2022

Meor Rifaat yang merupakan graduan jurusan kejuruteraan penerbangan kini bekerja sebagai wakil khidmat pelanggan (CSR) sejak lapan bulan lalu.

Tamat Belajar Sebagai Seorang Engineering Tapi Bekerja Jawab Call – “Sekarang Bukan Masa Untuk Memilih”

SITUASI pandemik Covid-19 yang sudah berlarutan lebih dari setahun sememangnya meninggalkan impak yang besar buat setiap individu.

Ramai yang diberhentikan kerja dan sumber pendapatan terjejas teruk, menyebabkan ketika ini bukanlah masa yang sesuai untuk memilih pekerjaan.

Begitu juga dengan pemuda ini yang pada asalnya mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan namun ‘tercampak’ dalam bidang lain demi kelangsungan hidup.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, pemuda tersebut berkongsi serba sedikit pengalamannya yang kini bergelar pegawai khidmat pelanggan (Customer Service Representative).

Video tersebut sehingga kini meraih lebih daripada 163,000 jumlah tontonan.

Meor Rifaat menamatkan pengajian pada Jun 2020.

Menurut Meor Rifaat Meor Rafeq, dia menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan penerbangan (aviation engineering) dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pada Jun 2020 iaitu ketika negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Beberapa bulan juga mencari kerja namun tiada rezeki. Kemudian seorang rakan saya cadangkan untuk cuba bekerja dalam bidang khidmat pelanggan sebagai CSR.

“Saya pun fikir mengapa tidak untuk mencuba. Memang kalau nak diikutkan, sangat berbeza, daripada engineering melompat ke bidang khidmat pelanggan.

Bersama rakan-rakan yang mengikuti jurusan kejuruteraan penerbangan.

“Namun saya lapangkan dada dan beranikan diri untuk mencuba. Lagipun sekarang tak boleh nak memberontak, nak salahkan siapa-siapa… ketika ini semua terkesan gara-gara pandemik,” ujar pemuda berusia 25 tahun ini.

Meor Rifaat berkata dia mula bekerja sebagai CSR di sebuah syarikat Telco di Shah Alam, Selangor pada November tahun lalu.

Selama hampir lapan bulan berkhidmat dalam lapangan khidmat pelanggan, Meor Rifaat berkata dia bukan sahaja dapat menimba pengalaman malah pekerjaan tersebut membina karakter baharu dalam dirinya.

Meor Rifaat mengikuti jurusan kejuruteraan penerbangan di UniKL-Miat.

“Biasalah, CSR kena ‘deal’ dengan orang setiap hari. Daripada situ, secara tak langsung ia mengajar erti sabar kerana berdepan dengan pelbagai ragam dan masalah yang dihadapi pelanggan.

“Saya sebelum ini boleh dikatakan seorang yang introvert… jadi pekerjaan ini juga secara tak langsung meningkatkan skil komunikasi,” ujarnya yang berasal dari Bangi, Selangor.

Malah menurut Meor, dalam lapangan yang sama juga dia bertemu dengan rakan sekerja yang mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan, pentadbiran, komunikasi massa dan sebagainya.

“Saya lapangkan dada dan beranikan diri untuk mencuba. Lagipun sekarang tak boleh nak memberontak, nak salahkan siapa-siapa.”
MEOR RIFAAT MEOR RAFEQ

“Sebenarnya dalam masa yang sama, saya tetap memohon pekerjaan dalam bidang yang saya belajar namun tak dapat, saya anggap belum rezeki lagi… jadi buat masa ini saya terus bekerja macam biasa. Just go with the flow.

“Tak sangka juga video tersebut raih perhatian ramai. Saya buat suka-suka sahaja untuk konten TikTok, tapi dalam masa yang sama nak sebarkan aura positif juga.

Meor Rifaat (tengah) sudah bergelar wakil khidmat pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi selama lapan bulan.

“Ramai yang komen dan kongsi nasib sama seperti saya. Apa yang boleh saya katakan, teruskan sahaja dalam bidang apa pun … cari sahaja rezeki asalkan ia memberi pendapatan halal dan tak menyusahkan orang.

“Perlu diingat setiap cabang kerja pastinya ada cabaran tersendiri, tapi kalau tak cuba, macam mana nak tahu? Akhirnya, anggap sahaja apa yang berlaku pasti ada hikmahnya,” katanya lagi.

VIDEO:

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen respect dengan adik ini kerana disaat negara dilanda pandemik ini, dia langsung tidak memilih kerja kerana diluar sana ramai lagi yang tidak bernasib baik seperti adik ini yang telah diberhentikan kerja, yang sudah berapa lama tidak mempunyai punca pendapatan dan macam-macam lagi. Yakinlah, setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.

Memang dua bidang yang sangat berbeza tapi ..

Percayalah, dengan pengalaman kerja sebagai CS ni la nanti senang nak handle orang

Tidak mengapa, rezeki datang dari Allah

Rezeki tidak pernah salah alamat, rezeki Allah itu luas, jangan pernah putus asa

Yang penting kerja bersungguh2

Rezeki kita hanya Allah yang tahu

Nasib baik ada peluang untuk sambung belajar lagi

Degree sebagai biotechnology tapi sekarang cikgu tadika

Tak kisah kerja apapun, yang penting halal

Kredit: mstar

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!