Wed. Oct 5th, 2022
miami_collapse

Tular Rakaman Bangunan Setinggi 12 Tingkat Runtuh Di Miami, Ramai Terᴋᴏʀʙᴀɴ Dan Masih Hilang

HARI ini dunia dikejutkan dengan runtuhnya pangsapuri setinggi 12 tingkat di Miami.

Sebuah pangsapuri 12 tingkat di utara Miami telah runtuh dan memerangkap penghuni di dalamnya. Para penyelamat kini sedang berusaha mencari ᴍᴀɴɢꜱᴀ yang terselamat di dalam runtuhan.

Kejadian berlaku sangat pantas

Sebahagian besar Menara Champlain, di pinggir laut di kota Surfside, telah runtuh pada awal pagi Khamis lalu.

Ianya mengambil hanya beberapa saat untuk runtuh.

Turutan gambar menunjukkan bagaimana bangunan ini runtuh.

Ketika mahu runtuh

Saat pertama runtuhnya bangunan

Selepas 4 saat

Selepas 9 saat

Debu tebal mula kelihatan

21 saat selepas runtuh

Beberapa orang memaklumkan mereka terdengar bunyi seperti guruh sebelum melihat debu yang sangat besar. Ianya seakan ꜱᴇʀᴀɴɢan 11 September 2001 yang berlaku di Menara Berkembar New York.

Hampir separuh bangunan runtuh

Bangunan yang mempunyai 136 biji rumah telah menyebabkan 55 daripadanya telah runtuh dan mengakibatkan serpihan berterbangan.

Gambar sebelum dan selepas runtuhan.

Lapisan lantai bangunan yang runtuh dapat dilihat dengan jelas. Kejadian berlaku dikatakan ketika kebanyakan penghuni sedang nyenyak tidur dan tanpa disedari mereka. Segala perabot dan barang-barang kepunyaan penghuni juga dapat dilihat dengan jelas.

Bahagian bangunan yang runtuh

Ramai penghuni yang terperangkap didalam runtuhan. Dimaklumkan, sekurang-kurangnya empat orang terʙᴜɴᴜʜ setakat ini dan puluhan lain lagi dilaporkan masih belum djumpai.

Disaat semua orang menantikan berita terkini, pasukan pencari telah bekerja keras dengan menggunakan kamera sonar dan anjing pengesan bagi mengesan ᴍᴀɴɢꜱᴀ yang selamat.

Gambar menunjukan usaha menyelamat sedang dijalankan.

Ramai antara ᴍᴀɴɢꜱᴀ telah diselamatkan.

Pasukan penyelamat juga telah membina terowong dari tempat letak kereta bawah tanah dalam usaha menjejaki ᴍᴀɴɢꜱᴀ tetapi para pegawai disana mengatakan bahawa usaha itu sangat berbahaya kerana runtuhan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Bangunan itu seumpama ‘tenggelam’

Apa sebenarnya yang menyebabkan bangunan berusia 40 tahun itu runtuh masih dalam siasatan. Bagaimanpun, proses mengenalpasti punca runtuhan tetap dijalan mengikut proses standard.

Pandangan awal pakar mengatakan bahawa bangunan 12 tingkat itu telah dibina diatas tanah yang mendap sekitar tahun 1990-an.

Gambar menunjukkan bagaimana tanah di sekitar Champlain Towers mendap 2mm setiap tahun

Kajian dari seorang penyelidik di Univeriti Antarabangsa Florida mendapati bahawa kawasan di sekitar bangunan yang dibina adalah di atas tanah basah yang telah ditambak menyebabkan ianya telah mendap pada kadar 2 milimeter setiap tahun selama tiga dekad.

Bagaimanapun, penulis laporan itu, Prof Shimon Wdowinski, menekankan bahawa kajian itu hanyalah tanggapan awalnya sahaja dan mengatakan kemendapan tanah sahaja tidak akan menyebabkan sesebuah bangunan itu runtuh.

Berita selanjutnya akan menyusul.

VIDEO:

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!