Thu. Sep 29th, 2022

Tiada Unsur Penᴄᴜʟɪᴋan, Warga Emas Hanya Menumpangkan ᴍᴀɴɢꜱᴀ Sahaja

TINDAKAN seorang warga emas berusia 80 tahun yang membenarkan seorang remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) menumpang kenderaannya telah disalah ertikan apabila dia diᴅᴀᴋᴡᴀ cuba menᴄᴜʟɪᴋ gadis tersebut, hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 26 saat tular di laman sosial memaparkan seorang wanita yang mengaku ibu kepada remaja tersebut bersama orang awam cuba menghalang kereta yang dipandu warga emas itu termasuk menyᴇʀᴀɴɢnya kerana diᴅᴀᴋᴡᴀ cuba menᴄᴜʟɪᴋ dan melarikan remaja tersebut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, berdasarkan ꜱɪᴀꜱᴀᴛᴀɴ, pengadu (ibu ᴍᴀɴɢꜱᴀ) yang berumur 54 tahun bersama anaknya (ᴍᴀɴɢꜱᴀ) yang berusia 16 tahun telah pergi ke sebuah warung di hadapan sebuah bank di Bandar Country Homes untuk membeli sarapan sekitar pukul 9 pagi.

“Sebaik selesai membeli sarapan, pengadu menyedari anaknya telah tiada dan peniaga yang berada di kawasan berhampiran memaklumkan anaknya itu telah mengikut seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna kelabu.

“Hasil ꜱɪᴀꜱᴀᴛᴀɴ awal mendapati seorang kenalan pengadu telah memuat naik video kejadian yang berlaku ke beberapa kumpulan aplikasi WhatsApp sehingga kenderaan yang membawa anaknya berjaya ditemui orang awam di Saujana Rawang sekitar pukul 12.30 tengah hari, pada hari yang sama.

“Bagaimanapun, pengadu mendapati anaknya dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, ꜱɪᴀꜱᴀᴛᴀɴ juga mendapati ketika ᴍᴀɴɢꜱᴀ bersama pengadu di gerai tempat untuk membeli sarapan, ᴍᴀɴɢꜱᴀ telah berjalan seorang diri tanpa pengetahuan pengadu dan telah menahan kenderaan yang dipandu warga emas itu.

“Warga emas yang menaiki kenderaan tanpa penumpang lain itu berhenti dan membenarkan ᴍᴀɴɢꜱᴀ menaiki kenderaannya dengan bᴇʀᴀɴɢgapan remaja tersebut meminta pertolongan.

“Bagaimanapun, warga emas berkenaan tidak pasti arah tuju hendak membawa ᴍᴀɴɢꜱᴀ kerana ᴍᴀɴɢꜱᴀ tidak berkata apa-apa sehinggalah ditahan oleh beberapa buah kenderaan dan orang awam di sekitar Saujana Rawang dan menᴜᴅᴜʜnya cuba membawa lari ᴍᴀɴɢꜱᴀ,” ujarnya.

Menurut beliau, daripada ꜱɪᴀꜱᴀᴛᴀɴ yang dijalankan, pihak ᴘᴏʟɪꜱ mengesahkan tiada elemen ᴄᴜʟɪᴋ atau melarikan dengan cara yang salah sepertimana yang ditularkan.

“Dalam kes ini, pengadu telah membuat penarikan laporan ᴘᴏʟɪꜱ yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai kes orang hilang,” katanya.

VIDEO:

Melihat kepada ruangan komen, rata-rata netizen marah dengan tindakan wanita yang dikatakan telah menyᴇᴘᴀᴋ warga emas tersebut dan memohon agar keluarga warga emas tersebut mengambil tindakan dengan menyaman wanita terbabit. Pendapat anda pula bagaimana?

ꜱᴀᴍᴀɴ si minah yang telah t*ndang pakcik ni

Mintak pakcik yang ditᴜᴅᴜʜ buat report atas ditᴜᴅᴜʜ & dipukul

Harap agar akak dan brader yang ᴍᴀᴋɪ2 tu dihantar ke pusat pemulihan akhlak

Seorang risaukan anak, seorang lagi mahu membantu

Sebab tu malas nak tolong sangat orang sekarang ni

Elok buat report, pukul old man padahal kecuain sendiri

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!