Wed. Oct 5th, 2022
"Eh, mana boleh. Tak kesian dekat anak awk sakit tu ke?” – Wanita Kongsi Kisah Sedih Sewaktu Datang Ke Klinik

“Eh, mana boleh. Tak kesian dekat anak awk sakit tu ke?” – Wanita Kongsi Kisah Sedih Sewaktu Datang Ke Klinik

TIDAK dapat dinafikan lagi bahawa sejak berlakunya pandemik Covid-19 dan PKP ni, ramai antara kita yang terkesan dengan keadaan ini. Ada yang dibuang kerja kerana syarikat ingin mengurangkan tanggungan mereka, ada yang hilang pendapatan. Ada juga yang terpaksa mengubah cara hidup demi meneruskan kelangsungan hidup.

Bagi yang berniaga pula, ada yang terpaksa menutup perniagaan mereka kerana ketiadaan pelanggan dan kekangan waktu berniaga. Akibatnya, ramai terpaksa menanggung kerugian dan ketiadaan duit serta tidak mampu untuk membeli barang keperluan serta ubat-ubatan.

Tiada duit untuk beli ubat

Seperti kisah yang dikongsikan oleh wanita ini, beliau menganggap perkara yang terjadi apabila peristiwa yang boleh dianggap sangat sedih berlaku kepadanya.

Kisah ini telah dimuat naik oleh pemilik Twitter bernama @anne_nma, apabila wanita yang dikenali sebagai Anne ini melihat sendiri kejadian di depan mata dimana seorang ibu tidak mampu membeli ubat untuk anaknya yang sakit.

Ceritanya kejadian berlaku pada jam 10 malam 22 Jun lalu, ketika itu dia perlu menghantar ayahnya ke klinik untuk membuat rawatan berkenaan penyakit ayahnya. Kemudian dia terdengar perbualan seorang wanita di kaunter farmasi yang ingin membayar ubat.

Lalu wanita tersebut menghulurkan kad kepada petugas di kaunter tersebut. Namun apa paling mengejutkan apabila Anne terdengar bahawa wanita itu menolak untuk membeli ubat kerana tak ada duit untuk membayar.

.

.

.

 

Petugas farmasi bayarkan

Seterusnya wanita tersebut terus hendak lari pergi dari kaunter tersebut, namun atas dasar kasihan petugas di kaunter tersebut memanggil semula dan membayarkan ubatan itu.

Wanita tersebut seakan tidak percaya, bertanyakan kepada petugas tersebut berulang kali sama ada dia betul-betul ingin membayarkan bil ubat itu. Kemudiannya dia berterima kasih kepadanya tanpa henti-henti sehingga wanita itu keluar dari klinik tersebut.

Selepas itu, Anne melihat bahawa wanita tersebut terus bergerak pergi bersama suami dan anaknya yang berusia setahun lebih. Rupa-rupanya, ubat tersebut untuk anaknya yang masih bayi itu.

.

.

.

.

Syukurlah masih ada lagi insan yang kasihan dan rela mahu membantu mereka yang sedang dalam kesusahan macam tu. Buat Puan Farmasi, jika anda membaca artikel ini, saya ingin memberitahu bahawa hati awak sangat mulia. Jelas, didikan ibu dan bapa awak telah berjaya menjadikan awak sehingga menjadi insan yang sangat hebat. Semoga Allah melipatkali gandakan rezeki awak, juga dipermudahkan segala urusan.

Sumber : Twitter

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!