Wed. Dec 7th, 2022

Gigih Nak Belajar Secara Atas Talian, Murid Ini Duduk Di Pinggiran Jalan Semata Mencari Internet

ZAMAN dahulu penggunaan internet adalah kegunaan orang bangsawan atau kaya saja. Itu dulu, kini ia adalah keperluan asas kepada seluruh rakyat Malaysia.

Jika dulu, kita akan gunakan surat kertas untuk pos tetapi sekarang pos lebih banyak digunakan untuk menghantar barang jualan atau kiriman. Surat telah digantikan kepada hantaran email.

Kisah adik ini yang gigih mencari talian internet untuk kegunaan belajar secara atas talian mendapat perhatian di warga Twitter.

Adik ini terpaksa berjalan keluar rumah semata untuk mendapatkan talian internet yang kuat untuk kegunaan belajar atas talian. Rumahnya pula terletak di tengah ladang sawit.

Seorang pengguna Twitter membuat ciapan tentang kesungguhan anak buahnya ini demi mencari ilmu. Tidak kisah jika perlu keluar rumah sekalipun, mereka akan buat dengan gembira.

“Kasihan anak saudara aku ni, nak dapatkan internet punya pasal untuk kelas online. Duduklah di luar rumah, rumahnya di tengah ladang sawit. Talian tak kuat. Nasib adik datang naik motor teman dekat tepi. Best of luck Afiq Ho.”

“Saya share gambar ni sebab nampak comel budak-budak ni dekat luar study. Bukan meraih simpati, cakap diorang ni orang susah ke apa ya. Mereka bahagia je hidup dekat situ, cukup makan pakai. Internet je kureng”

“Dalam rumah dapat je internet kalau nak Whatsapp. Tapi untuk dapatkan video kelas yang jelas dan terang tu, kuranglah. Sangkut-sangkut. Jadi dia pun duduklah diluar dengan harapan tak sangkut-sangkut cikgunya bercakap tu. Mohon netizen jangan marah-marah ya.”

“SKMM dah call saya. Untuk datang dan check coverage di kawasan rumah anak saudara saya tu. Alhamdulillah.”

Teramat menghargainya

Cari satu taman siapa nak pasang

Kena viral dulu ke baru bertindak?

Masalah internet bukan kes terpencil

Paksa pasang fibre optics

Bahaya duduk tepi jalan tu

Namun, tidak dinafikan. Ada juga yang mempunyai kawasan internet yang kuat tetapi tidak digunakan sebaiknya oleh segelintir pelajar.

Perlu diingatkan, zaman pembelajaran ketika ini sangat mencabar kerana jauh dari pengawasan cikgu-cikgu disekolah untuk memantau aktiviti anak didiknya dari segi perkembangan pembelajaran.

Sendiri fikirlah, apa akibatnya bila tidak bersungguh-sungguh ketika menuntut ilmu.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!