Tue. Oct 4th, 2022
Kasut Converse Edisi Pertama Di Dunia Berjaya Dijual Pada Harga RM40,800

Kasut Converse Edisi Pertama Di Dunia Berjaya Dijual Pada Harga RM40,800

SEORANG pengumpul kasut vintaj tidak menyangka kasut Converse edisi pertama di dunia yang dimilikinya berjaya dijual dengan harga RM40,800.

Wan Irfayuim Azim Wan Ab Aziz, 31, berkata, dia memuat naik status di laman Facebook, semalam bertujuan menjual kasut Converse model Converse Non Skid berusia 104 tahun itu kerana terkesan dengan pandemik Covid-19.

Katanya, status yang dimuat naik olehnya menjadi tular dan mendapat 8,500 tanda suka dan dikongsi lebih 6,400.

“Saya tidak menyangka statusnya menjadi tular dan tidak sampai dalam tempoh 24 jam selepas dimuat naik, ramai yang berminat serta bertanya berkenaan kasut itu.

“Ada seorang lelaki dari Pahang bersetuju untuk membeli kasut itu dengan harga yang saya tawarkan. Kami buat akad jual beli semalam.

“Sebenarnya saya amat sayangkan koleksi ini kerana membelinya dengan harga puluhan ribu ringgit pada 2018, namun saya terpaksa menjualnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chempaka di sini, hari ini.

Wan Irfayuim Azim yang juga peniaga kenderaan saji (food truck) berkata, kasut yang dihasilkan pada 1917 itu didatangi bersama dengan sepasang seluar pendek tahun 1916 berserta pelindung lutut pemain bola keranjang.

Katanya, mengikut cerita daripada pasangan suami isteri dari Amerika Syarikat itu, seluar dan pelindung lutut itu dijumpai bersama-sama kasut ini dan disimpannya sejak 1989.

.

“Ketika itu, saya bekerja sebagai ejen pelancongan di Jepun dan suka menulis berkenaan sejarah kasut vintaj di laman Facebook serta blog. Pasangan itu berhubung dengan saya selepas mereka membaca perkongsian yang dibuat.

“Saya tidak sangka kasut yang selama ini saya tengok dalam gambar kini menjadi milik saya walaupun dalam tempoh tiga tahun sahaja.

“Namun, akibat pandemik COVID-19, dengan berat hati saya terpaksa menjualnya.

“Setakat ini, saya sudah menjual lebih 60 koleksi kasut vintaj yang lain dengan harga antara ratusan ringgit dan mencecah belasan ribu ringgit,” katanya.

Suami kepada Nor Hafiza Fariha Saudi, 34, berkata, dia kini pulang menetap di kampungnya di Kampung Chempaka di sini, sejak Mac tahun lalu ekoran perniagaan industri pelancongan terjejas.

Beliau turut berharap pembeli baharu dapat menjaga kasut itu dengan baik kerana ia mempunyai nilai sentimental yang sangat tinggi.

“Saya akan menghadiahkan tiga lagi pasang kasut Converse dari tahun 1950, 1960 dan 1970 kepada pembeli itu,” katanya.

VIDEO:


Komen Netizen

Ada surat pengesahan ke?

Berapalah agaknya harga untuk converse yang terakhir?

Barang ini untuk pengumpul yang tahu nilainya sahaja 

Hmm ..

Sejarah itu mahal. Dan yang pertama itu selalu akan mahal

Ada bukti ke itu kasut yang pertama?

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!