Tue. Oct 4th, 2022

Mohon Surat Rentas Negeri, Tangkap Isteri Curang

Sejak PKP dilanjutkan ke fasa 3.0, pelbagai cerita suka dan duka dikongsi dapat kita lihat di setiap platform sosial media. Ada yang suka, ada yang duka. Tidak ketinggalan cerita sedih dimana ada antara mereka kehilangan ahli keluarga terdekat.

Tular sejak semalam lagi kisah seorang lelaki untuk merentas negeri dengan meminta izin di balai polis berdekatan bagi menangkap isterinya yang curang dengan lelaki lain betul-betul mengejutkan warga maya. Perkara ini boleh dikatakan pertama kali dikongsi di sosial media.

Menerusi satu hantaran di akaun Twitter bernama @AimanAfiq_s memaparkan bukti surat rentas negeri rakannya yang mahu menangkap isterinya yang bercinta dengan lelaki lain mendapat kelulusan dari balai polis tersebut.

 

Menurutnya, kejadian tersebut benar-benar terjadi dan dia sudah pun meminta izin rakannya untuk menularkan cerita tersebut di laman Twitter.

Benda ini memang jadi ya kawan-kawan. Saya sudah minta izin pemilik surat ini untuk ditularkan di laman Twitter. Setelah selesai kejadian tersebut, kawan saya nampak lebih tenang,” jelasnya.

Rata-rata pengguna laman Twitter menyokong dan ada yang turut sama berkongsi pengalaman mereka yang dicurangi ketika berkahwin.

Tambahnya lagi perkara tarik tali ini sudah berlarutan sehingga setahun lamanya. Laporan juga telah banyak dibuat dan hanya menunggu mahkamah panggil sahaja.

.

Saya pernah alami dulu. Memang betul, tak tenang hati dibuatnya. Baik perempuan mahupun lelaki, curang itu tidak mengira sesiapa pun. Sebab itulah setia itu mahal. Tetapi, ramai yang rugi kerana curang. Jika kahwin disebabkan nafsu dan harta, tidak akan ke mana, baik kita sama-sama betulkan niat mulai sekarang,” balas @TengkuAzlanSha2.

Masalahnya lelaki itu kenapa mahu bercinta dengan isteri orang? Mesti perempuan tu tak curang kalau bukan sebab lelaki itu yang mengorat dulu. #Donesalahkanlelaki,” gurau @AnneWarad.

Bila jadi kes begini, kita (lelaki) boleh cakap ‘perempuan semuanya sama’ ke? Kalau tidak boleh, begitu jugalah sebaliknya,” seloroh @naimbinzaini.

Lagi komen-komen yang sempat ditangkap layar:

Ad ke perempuan mcmni masa pkp?

Semoga orang yang curang ni tak bahagia

Mungkin sebab pkp lama sngat sampai lupa pernah ada suami

” ….. tak guna, ….. pulak semua sampah”

Sama dengan masalah kawan dia

 

Pernah alami, memang tak tenang hati

Semua lelaki perlu bersatu dalam bab ni

 

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!