Mon. Dec 5th, 2022
Hanya Kulit Ayam Jadi Lauk Buat Keluarga Yusmaliana

Hanya Kulit Ayam Jadi Lauk Buat Keluarga Yusmaliana

MEMBACA satu demi satu kisah kemanusiaan yang dipaparkan di pelbagai platform media tentu sekali mengundang sebak dalam kalangan sebilangan besar daripada kita.

Masakan tidak, setiap hari ada sahaja cerita golongan yang hilang pekerjaaan sama ada dibuang atau syarikat tempat mencari rezeki ditutup kerana sudah tidak mampu menampung kos operasi.

Tidak kurang juga yang merintih meminta simpati kerana bukan sahaja tiada wang, bahkan beras segenggam pun tiada di rumah kerana segala simpanan habis dibelanja sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).

Kerana kesempitan hidup juga memaksa Yusmaliana Yusuf mendapatkan ihsan kulit ayam untuk dijadikan lauk buat keluarga.

Bagi wanita berusia 34 tahun itu, dia tiada pilihan lain selain daripada terpaksa meminta bekalan itu daripada rakannya yang menjual ayam di sebuah kedai di Pulau Melaka, di sini.

Bahhkan, kata Yusmaliana, rasa malu juga dibuangnya ke tepi demi untuk memastikan lima orang anaknya yang berusia antara 10 bulan hingga 14 tahun itu tidak kelaparan.

Dalam masa sama, katanya, hidangan kulit ayam sebagai lauk sudah menjadi kebiasaan bagi mereka sekeluarga.

“Memandangkan PKP suami saya tidak dapat keluar bekerja kerana tidak dibenarkan, maka tiada upah untuk belanja kami. Saya terpaksa minta kulit ayam (untuk dijadikan lauk) kalau tidak anak saya nak makan apa?” katanya kepada salah satu tabloid dalam satu pertemuan di kediamannya di Kampung Babong, di sini.

Suami Yusmaliana, Jamaluddin Salahuddin, 52, yang juga warganegara Indonesia merupakan seorang buruh binaan dan dibayar antara RM50 hingga RM60 sehari.

Sejak lima bulan lalu, Jamaluddin tidak diambil bekerja kerana pelaksanaan PKP menyebabkan keluarga itu tidak mempunyai punca pendapatan.

Kulit ayam seberat tiga kilogram yang diperoleh Yusmaliana itu, katanya, memadai digoreng atau dijadikan lauk sebagai bekalan beberapa hari untuk mereka sekeluarga.

“Kadang-kadang anak-anak ada juga bertanya kenapa asyik makan lauk kulit ayam sahaja. Bagaimanapun, Alhamdulillah anak-anak memahami kesulitan dan masalah kewangan yang dihadapi,” ujar Yusmaliana yang memberitahu jika ada rezeki, sesekali dia juga disedekahkan seekor ayam oleh rakannya itu.

Sementara itu, kesempitan hidup keluarga Yusmaliana sebetulnya sudah mendapat perhatian daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Difahamkan bantuan sebanyak RM650 setiap bulan disalurkan oleh JKM kepada keluarga itu bagi membiayai pendidikan anak-anak Yusmaliana.

Bukan hanya Yusmaliana, bahkan kepayahan hidup turut dilalui adiknya yang tinggal bersebelahan rumahnya.

Bahkan, keluarga adiknya itu juga, jelasnya, berkongsi kulit ayam yang sama sebagai lauk keluarga.

Menurut adik ipar Yusmaliana, Raja Shazila Raja Sanusi, sumber makanan buat dia sekeluarga juga sudah putus berikutan suaminya yang juga burun binaan hilang punca pendapatan akibat PKP.

Raja Shazila dan suaminya mempunyai dua orang anak berusia setahun dan enam tahun.

Antara komen netizen

Semoga Allah permudahkan urusan buat Yusmaliana sekeluarga

Waktu2 begini, pihak yang berkenaan perlu memainkan peranan penting

Para pemimpin yang telah diamanahkan untuk membela nasib rakyat tidak malu ke baca berita mcmni?

Yang kaya terus kaya, yang miskin terus kedana

Diharap ada NGO dan wakil2 rakyat dtg membantu

Moga pihak berwajib dapat membantu keluarga ini

Sepatutnya sertakan sekali no akaun atau no telefon untuk dihubungi

Sedapnya kulit ayam, semoga keluarga ini dilimpahkan rezeki

Semakin ramai yang hilang pendapatan, semakin ramai yang stress

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!