Fri. Sep 30th, 2022

Selepas Tahu Saya Bukan Anaknya Kandungnya, Ayah Mula Jatuh Sakit – Noratirah

Berita ini merupakan bahagian kedua daripada empat siri tentang kisah anak yang tertukar.

KESILAPAN meletakkan tanda nama selepas dilahirkan 20 tahun lepas, dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ di Kota Bharu, Kelantan sehingga menyebabkan Noratirah Husin ‘tertukar’ ibu bapa, ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟkan kesan mendalam kepada wanita itu.

Tambahan lagi, ‘ayah’ yang membelanya selama ini, Husin Omar sudah ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dunia pada usia 64 tahun akibat sakit jantung pada November tahun lepas, selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diketahui pada September 2019 yang mengesahkan dia bukan anak kandung lelaki itu.

Bagi Noratirah, ujian yang terpaksa ditanggung oleh ‘ayahnya’ itu amat berat dan kesedihan yang dialami bertimpa-timpa kerana ia terjadi tidak sampai dua tahun selepas pemergian ‘ibunya’ Rahmah Isa, yang ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dunia pada 2018 akibat kencing manis serta dua lagi saudaranya dalam tempoh itu.

“Saya sudah boleh menduga keputusan DNA itu kerana Adryani Iwani mempunyai banyak persamaan dengan saya.

“Sebaik ayah mengetahui tentang perkara itu, ᴀʀᴡᴀʜ mula berubah dan lebih banyak berdiam diri serta sering kali termenung.

“Pada sekitar September tahun lepas ketika di rumah, saya menerima panggilan telefon daripada mama (ibu kandung Siti Aminah Ismail) yang memaklum hal keputusan ini (DNA), jadi saya buka pembesar suara telefon supaya adik-beradik lain dan ᴀʀᴡᴀʜ ayah (Husin) pun dapat dengar apa yang mama ingin sampaikan,” katanya lagi.

Katanya, selepas dimaklumkan keputusan itu, ᴀʀᴡᴀʜ ayah terus menangis dan secara tiba-tiba dia mengadu sakit dada sambil menzahirkan rasa bimbang hendak melepaskannya memandangkan dia adalah anak bongsu daripada 12 beradik yang tidak pernah berpisah dengan keluarga.

Noratirah berkata ᴀʀᴡᴀʜ ayahnya turut meluahkan perasaan terkilan kerana dia tidak dapat berjumpa dengan bapa kandungnya Ibeni Yanin Mohd Salleh yang telah ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dunia lebih awal (2009) dan begitu juga dengan Adryana Iwani yang tidak dapat berjumpa dengan ibu kandungnya Rahmah Isa (ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dunia 2018).

Noratirah yang sedang mengikuti pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej Poly-Tech Mara Cawangan Kota Bharu berkata, beliau kini tinggal bersama ibu kandungnya selepas ‘ayahnya’ (Husin) ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dunia ditambah lagi adik-beradik lain sudah berkeluarga.

“Walaupun saya telah tinggal dengan mama, tapi kami adik-beradik sebelah ayah (Husin) tetap berhubung, kalau ada masa hujung minggu akan berkumpul di rumah ayah, tapi disebabkan sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan kini, kami bertanya khabar antara satu sama lain melalui telefon sahaja,” katanya.

Adryani Iwani Ibeni Yanin pula menceritakan ibunya, Siti Aminah terduduk dan hanya mampu menangis apabila mengetahui bahawa Adryana Iwani tertukar dan bukan anak kandungnya.

Menurut Adryani Iwani, sebaik ibunya menerima keputusan DNA berhubung kedudukan ‘kembarnya’ itu pada September, perasaan ibunya tidak tenteram kerana bimbang perkara itu akan mengganggu psikologi ‘anaknya’ itu.

“Selepas terima keputusan, mama terkejut dan panggil saya berjumpa di bilik untuk mengelakkan Ana (panggilan untuk Adryana Iwani) tahu. Mama bagi tau, betullah Ana bukan anak mama dalam keadaan menangis. Beliau enggan percaya dengan perkara itu kerana terlalu menyayanginya.

“Ketika itu, saya hanya mampu memujuk mama kerana risau Ana mendengarnya dan mama meminta saya supaya merahsiakan perkara itu daripadanya kerana tidak mahu dia berkecil hati,” katanya.

Sementara itu, Adryana Iwani yang tertukar dalam kejadian itu menzahirkan perasaan sedih kerana hanya sempat mengenali ayah kandungnya (Husin) itu kira-kira dua bulan sebelum ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dunia.

“Sudah pasti saya sedih, tahu-tahu kita ada keluarga lain selepas 19 tahun terpisah, lagi sedih saya tak pernah jumpa dan mendapat kebahagian daripada ibu kandung sendiri. Disebabkan salah orang lain, kami yang menanggung derita,” luahnya yang mengakui gred purata nilai kumulatif (CGPA) pengajiannya turut terjejas akibat kejadian itu.

Ditanya bagaimana dia berdepan situasi getir itu, mahasiswa Pentadbiran Korporat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban, Negeri Sembilan itu berkata dia tidak mahu melihat ‘ibunya’ susah hati mengenangkan dirinya sekiranya melihat dia asyik menangis memikir perkara yang telah terjadi.

Mengenai perkenalan dengan ᴀʀᴡᴀʜ ayahnya dalam masa yang singkat, Adryana Iwani berkata dia sendiri dapat merasai ‘aura’ bapa kandungnya selepas kali pertama berjumpa.

“Pada kali pertama berjumpa, perasaan saya itu bercampur baur, seronok pun ada dapat jumpa ayah kandung, tapi sedih pun ada sebab takut dia tidak boleh terima baik buruk saya kerana selama ini Noratirah antara anak kesayangannya.

“Tapi saya bersyukur kerana adik-beradik lain layan saya macam adik sendiri dan keluarga pun semakin bertambah besar,” katanya yang sempat menerima cincin daripada ayahnya dan ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟkan pesan untuk terus hormat kepada keluarga yang membesarkannya terutama ‘ibunya’, Siti Aminah.

Melihat reaksi warganet, rata-rata antara menzahirkan rasa bersyukur kerana bayi yang tertukar 20 tahun lepas “berada” pada keluarga yang sangat baik. Tetapi ada juga yang menyalahkan orang yang bertanggungjawab perkara ini terjadi.

Komen Netizen

Syukur kedua-duanya dibesarkan oleh keluarga yang baik-baik

Dia masih anak susuan, keluarga susuan. Masih anak ‘ayahnya’

Dua keluarga bersatu demi anak2

Keduanya anak yang baik dari keluarga yang baik-baik

Sedi, sebak, terharu, gembira dan macam2 perasaan ada

Sedihnya, silap orang lain, yang lain terpaksa menanggung

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!