Wed. Oct 5th, 2022

[VIDEO] Pocong “Goyang Badan”, “Geleng Kepala” Cuba Kacau Abang Polis di SJR

TERIMA kasih buat anggota keselamatan terutama polis dan tentera yang berkhidmat siang dan malam menjaga di sekatan jalan raya (SJR) sepanjang tempoh pelaksanaan fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) demi kesejahteraan negara.

Selain menjaga lalu lintas, pasukan barisan hadapan itu perlu peka keadaan sekeliling khususnya pada waktu malam. Lebih-lebih lagi di lokasi yang dikelilingi hutan dan semak samun. Pasti menimbulkan elemen seram bukan?

Inilah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali @zarulshahfiqrie baru-baru ini. Menerusi video itu, kelihatan seorang individu dipercayai anggota polis sedang merakam kelibat pocong yang berada di kawasan SJR tempatnya bertugas.

Seakan Berjoget

Makhlus halus itu seolah-olah menggoyangkan badannya ketika berdiri di belakang rimbunan pokok pisang. Justeru, kerana perassan ingin mengetahui lebih lanjut anggota keselamatan berjalan menuju ke arah pokok pisang itu.

Rata-rata warga maya yang menonton video tersebut memuji tindakan beliau yang berani mendekati kawasan keberadaaan pocong terbabit. Video tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Ramai yang menzahirkan rasa seram, apatah lagi melihat makhluk itu bergerak seolah ‘menggelengkan kepala.’ Ada juga yang berkongsi pendapat bahawa pokok pisang adalah lokasi kegemaran makhluk halus seperti pocong dan pontianak.

Ternyata cabaran yang digalas anggota keselamatan bukan sahaja perlu memantau pengguna jalan raya, bahkan terpaksa ‘melayan’ situasi seumpama ini secara tidak langsung.

VIDEO:

Komen Netizen

Tak berapa nampak tapi lagu background memang merinding habis

Dorang pun terkesan semperna PKP ni

Video pendek, tak puas tengok

Full volume plssss

Kenapa tak suluh tepat ke muka pocong tu

Diapun murung, goyang kepala

Sumber: TikTok @zarulshahfiqrie

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!