Tue. Oct 4th, 2022
Air Rebusan Beras Diberi Kepada Anak Kecil Ini Bagi Menggantikan Susu Yang Telah Kehabisan

Air Rebusan Beras Diberi Kepada Anak Kecil Ini Bagi Menggantikan Susu Yang Telah Kehabisan

SEJAK semalam, kempen “Kibar Bendera Putih” telah dilancarkan bagi memudahkan orang ramai atau pihak tertentu menghantar bantuan kepada mereka yang benar-benar terkesan dan memerlukan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, gula dan lain-lain lagi.

Bagi mereka yang betul-betul memerlukan bantuan kerana sudah terputus duit atau barang keperluan asas, hanya perlu meletakkan kain putih seakan bendera diluar kediaman mereka sahaja.

Melalui cara ini, jiran-jiran atau orang terdekat yang berkemampuan dapat mengetahui bahawa mereka ini benar-benar dalam kesusahah dan amat memerlukan.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Kebajikan Fisabilillah Negeri Terengganu mendedahkan kisah paling menyayat hati sepanjang menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut mereka, ada sebuah keluarga terpaksa memberikan air rebusan beras bagi menggantikan susu untuk anak kecil yang kelaparan kerana tidak cukup wang bagi membeli susu.

Menurut Setiausahanya, Muhammad Syariezal Ab Rashid berkata, terdapat banyak pengalaman pahit manis ditempuhi pihaknya sepanjang menghantar bantuan.

“Ada keluarga yang terpaksa meminta susu daripada jiran kerana anak kelaparan.

“Ada juga yang memberi susu pekat manis untuk diminum anak yang masih kecil,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya lagi, kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka yang menerima sumbangan terutama susu dan lampin pakai buang.

“Apabila kita hantar susu dan lampin pakai buang, berlinang air mata mereka. Ada yang memeluk erat susu yang baru diberikan.

“Ternyata banyak keluarga yang terkesan sepenuhnya akibat pandemik ini.

“Ada juga yang memberitahu mereka kini tiada lagi wang simpanan di bank untuk dibelanjakan, malah ada juga yang telah dibuang kerja,” ujarnya.

Sehingga kini, katanya, seramai 4,000 keluarga yang dibantu sejak pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu.

“Kami bergerak sebagai badan NGO yang menyalurkan hasil sumbangan orang ramai. Kita menyasarkan untuk membantu seramai mungkin mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di Terengganu,” jelasnya lagi.

Komen netizen

Zaman 60an atau 70an dulu kami pun diberikan air kanji beras

Bersabarlah, semoga Allah membantu kita semu

Sebenarnya air beras baik jugak

Dulu masa kecik-kecik kamipun minum air beras ni

Bagi je apa yang sedang mampu asalkan penyediannya bersih dan baby tak sakit perut

Air rebusan beras lagi baik dari susu formula

Ya, dulu-dulu pun emak kami bagi minum air rebusan beras macam ni dicampur gula

Perkara seumpama ini seperti perkara biasa saja

Zaman 60an kami 12 beradik dah diberi air beras ni

Kredit foto: Sinar Harian

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!