Fri. Nov 25th, 2022

IPD Klang Utara Siasat Anggotanya Yang Disyaki Minta Sogokan

ᴘᴏʟɪꜱ Daerah Klang Utara membuka kertas siasatan tatatertib susulan anggotanya disyaki meminta wang sogokan daripada seorang pemilik pikap di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, 1 Julai lalu.

Ketua ᴘᴏʟɪꜱ Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, kertas siasatan itu dibuka selepas pihaknya mengesan rakaman video ditular seorang pengguna Twitter menunjukkan tingkah laku anggota terbabit.

“Kami mengenalpasti pelaku iaitu anggota terbabit dalam insiden itu dan satu kertas siasatan tatatertib dibuka ke atas anggota berkenaan.

“ᴘᴏʟɪꜱ menyeru supaya pemilik akaun media sosial atau individu mempunyai maklumat lanjut supaya menghubungi Balai ᴘᴏʟɪꜱ Klang Utara untuk membantu siasatan,” katanya dalam hantaran di Facebook ᴘᴏʟɪꜱ Daerah Klang Utara, hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video bertarikh 1 Julai berdurasi 1.02 minit memaparkan dua anggota ᴘᴏʟɪꜱ menahan seorang lelaki di tepi jalan dan disyaki meminta wang daripada pemilik kenderaan berkenaan.

Insiden berlaku sekitar jam 11.41 pagi di Pelabuhan Klang menghala ke Bandar Sultan Suleiman

Melalui Facebook ᴘᴏʟɪꜱ Daerah Klang Utara, kenyataan media oleh Ketua ᴘᴏʟɪꜱ Daerah Klang Utara berhubung video viral dari pemilik akaun Twitter @fahmynazrul telah pun dimaklumkan berkenaan perkara ini.

Tarikh dikeluarkan : 3 Julai 2021

.

 

VIDEO:

Sumber: Berita Harian

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!