Tue. Oct 4th, 2022

“Mai Nak Sayang…”- Bukti Kasih Sayang Adik Beradik, Warganet Terharu Tiba-Tiba Rindu Pada Adik Beradik!

Kasih sayang antara adik beradik seperti yang dikongsikan di dalam video ini wajar untuk diteladani. Biarpun keduanya sudah dimamah usia, namun tidak malu untuk menunjukkan betapa seorang kakak dan adik lelakinya saling sayang menyayangi antara satu sama lain.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang cucu @nurulwani99 di laman Tiktok, yang mambawa neneknya bertemu adik lelakinya dengan menaiki kereta. Setibanya di hadapan rumah, kedatangan mereka disambut dengan penuh kasih sayang.

Momen tersebut cukup manis dan ada yang tersenyum serta terharu melihatnya gelagat dua beradik ini meluahkan rasa kasih dan sayang. Bahkan warganet turut mendoakan agar kasih sayang antara kedua adik beradik ini kekal selamanya dan wajar dicontohi.

“Mai nak sayang…Sayanglah dua beradik…”

Menerusi video gelagat nenek yang berusia 83 tahun yang dikenali sebagai Tok Om yang sangat rapat dengan adik lelakinya  bernama Kasa. Cara mereka meluahkan ‘sayang’ itu membuatkan ramai tersentuh hati hingga telah ditonton lebih daripada 1.1M ketika artikel ini ditulis dan dengan tanda suka 96.2K.

Sumber Tiktok : @nurulwani99

@nurulwani99Video original xdk lagu ##kakdgnadik ##kakadik ##fypシ ##fyp ##senyumanbahagia ##kedahcrew

♬ bunyi asal – Adekwani

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!