Wed. Oct 5th, 2022

Pernah Tengok Cermin Kereta Pecah Tapi Tak Berderai? Ini Cerita Asalnya

SUATU hari pada tahun 1930, seorang saintis Perancis, Edouard Benedictus sedang menjalankan suatu eksperimen. Ekspiremen ini bertujuan untuk menguji cermin kereta yang pecah samada berderai atau pun tak.

Sewaktu sedang bergerak, secara tidak sengaja dia terlanggar satu rak sehingga menjatuhkan sebuah kelalang kaca ke lantai. Dengan rasa kecewa, dia menunduk untuk mengambil kelalang yang jatuh tadi dan disangkanya sudah pecah.

“Eh, tiada serpihan? Kelalang ini tidak berderai?” soalnya tersentak apabila mengambil kelalang tersebut.

Kelalang kaca tadi hanya mengalami keretakan, tetapi tidak hancur berderai. Entah bagaimana, serpihan itu masih melekat antara satu sama lain.

Tanpa berlengah, dia meninggalkan eksperimennya yang asal dan mengikut haluan baru ini. Beliau terpegun dengan cara ganjil kelalang tersebut bertindak balas.

Benedictus kemudian memeriksa isi kandungan kelalang tadi. Di dalamnya terisi cecair seluloid (cecair yang diperbuat daripada selulosa nitrat di campur kapur barus) yang telah tersejat.

Dia menemui sesuatu. Rupanya cecair seluloid inilah yang bertindak balas. Apabila cecair ini mengering, ia meninggalkan satu filem nipis atau plastik nipis di dalamnya. Selaput inilah yang menahan atau membuatkan kelalang tadi tidak berderai.

Pun begitu, Benedictus tidak menyedari kegunaan penemuannya ini sehinggalah berlaku satu lagi peristiwa secara kebetulan. Beberapa minggu kemudian, beliau terbaca dalam akhbar tentang seorang budak perempuan yang cedera kerana terpotong cermin dalam satu kemalangan kereta.

Kejadian itu membuatkan dia tersedar bahawa pengalamannya dengan kelalang yang tidak pecah boleh membawa kepada kegunaan praktikal.

Edouard Benedictus secara tidak sengaja menemui ciptaan kaca yang tidak berderai apabila pecah.

Beberapa kajian dijalankan, akhirnya Benedictus berjaya membina kaca keselamatan, sejenis gelas yang retak tetapi tidak menyerpih atau berderai. Ia tetap melekat dan selamat walaupun mengetuknya dengan penukul.

Hasil penemuan ini, beliau berjaya menyelamatkan banyak nyawa. Kaca keselamatan ciptaannya yang dijumpai secara tidak sengaja itu mula dikomersialkan. Kini ia digunakan dalam pelbagai bidang, antaranya cermin kereta, tingkap, pintu di bangunan, dinding bangunan dan sebagainya.

Kaca keselamatan yang ditemui Benedictus mengurangkan risiko kecederaan dan menyelamatkan banyak nyawa.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!