Wed. Oct 5th, 2022

Mendakwa Terima Vaksin Kosong, Pemuda Buat Laporan Polis.

KUALA LANGAT – Polis membuka satu kertas inkuiri untuk menyiasat dakwaan seorang lelaki yang menerima suntikan vaksin dari picagari kosong di Hospital Banting di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor mengesahkan menerima laporan tersebut pada jam 6.21 petang pada Selasa.

 

“Pihak polis telah membuka kertas inkuiri polis dan dalam proses menyiasat aduan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut laporan polis yang dibuat, lelaki berkenaan mendakwa dia disuntik menggunakan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas menonton semula video yang dirakamnya semasa proses vaksinasi itu.

Menurutnya, selepas menerima vaksin dia melihat semula video yang dirakam di telefon bimbit dan mendapati dirinya disuntik menggunakan picagari kosong malah jarum suntikan tidak ditekan pada tubuhnya.

Dia yang berasa sangsi kembali kepada petugas KKM berkenaan untuk mendapatkan kepastian dan menunjukkan video tersebut.

Namun dakwanya lagi, petugas KKM memarahinya kerana membuat rakaman dan minta memadam video itu selepas memberi suntikan sekali lagi.

Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah membuat kenyataan media berkenaan perkara tersebut.

.

VIDEO:

Komen Netizen

Patutla dia taknak orang rekod bila kena vaksin

Buat penat orang daftar dimysejatera je

Hanya Allah yang mengetahui

 

Kalau betul cerita, lepas ni rakam siapa yang nk amik vaksin nnt

 

Patutla dah vaksin pun kena covid jugak

 

Tarik pocagari pastu tekan balik, nampak sangat pelik

Nak macam-macam info? Join Group Facebook Nak Kecam Apa Hari Ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!