Mon. Dec 5th, 2022

Legenda Garuda: Benarkah Burung Gergasi Ini Wujud Di Dunia Ini? Beberapa Kisah Dan Gambar Di Ceritakan

PERNAH dengar kisah burung yang dipanggil garuda? Di nusantara, garuda digambarkan sebagai burung bersaiz gergasi. Garuda dikatakan makhluk yang ganas dan mampu menyebabkan bencana alam berlaku kepada manusia setiap kali ia terbang mencari makanan. Kisah tentang garuda juga dulu sering diangkat ke layar perak.

Tahukah anda, burung gergasi ini sebenarnya wujud di serata dunia. Lagenda Quillayute menamakannya sebagai Thunderbird. Masyarakat Indian Amerika pula memanggilnya sebagai Piasa atau burung pemakan daging manusia.

Thunderbird, burung gergasi dari legenda Quillayute

Apakah ini fakta atau cerita mitos semata-mata?

Beberapa kisah penemuan burung raksasa ini mungkin menjawab persoalan tersebut. Pada 26 April 1890, akhbar Tombstone Epigraf melaporkan, dua lelaki koboi telah menembak mati seekor burung raksasa yang terbang di gurun pasir Arizona.

Sayap burung itu mencapai 50 meter. Panjang badannya lebih 90 meter. Bahagian tengah badannya hampir 50 inci, berbulu dan memiliki kepala dengan panjang sekitar lapan meter. Haiwan ganjil ini hanya berjaya dialihkan dengan kekuatan dua ekor kuda.

Kelibat burung raksasa ini juga dilaporkan pernah dilihat terbang di Alton, Illinois, Amerika Syarikat, pada 4 April 1948 oleh bekas Kolonel Angkatan Darat Amerika Syarikat, Walter F. Siegmund.

“Saya fikir saya tersilap pandang. Tapi yang jelas, ia seekor burung besar dan bukan sebuah peluncur atau pesawat,” kata Walter.

Beberapa hari kemudian, seorang petani, Robert Price, dari Caledonia (kini dikenali sebagai Scotland), ternampak burung yang sama dan mengatakan ia adalah burung raksasa, malah saiznya lebih besar daripada sebuah pesawat.

Gambar kiri menunjukkan replika burung raksasa. Gambar kanan pula dilaporkan dirakam pada tahun 1864 menunjukkan sekumpulan askar yang berjaya membunuh seekor burung gergasi. Walaupun ada yang menyebut gambar itu tidak benar, tetapi gambaran burung raksasa dalam foto itu dilaporkan sama seperti yang pernah dilihat oleh saksi.

Pasangan suami isteri, Les Cacon dan Clyde Smith dari Overland, Australia pada 10 April 1948 turut menemui haiwan itu terbang di atas langit dan menyangka ia sebuah pesawat, sehinggalah burung gergasi itu mengepakkan sayapnya dengan reaksi seakan marah.

Pada 24 April 1948, burung itu muncul sekali lagi di Madison City, Illinois, Amerika Syarikat. Menurut E.M Coleman dan anaknya, James yang menyedari kehadiran burung itu berkata, saiznya sangat besar.

Burung itu terbang tidak jauh dari mereka dan menghasilkan bayangan saiz yang sama seperti pesawat Piper Cub pada ketinggian itu. Badannya pula nampak menyerupai torpedo angkatan laut.

Pada malam 5 Mei 1948, seorang lelaki, Arthur Davidson menelefon polis untuk melaporkan kemunculan seekor burung besar yang terbang di sekitar bandar St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat.

Pada malam yang sama juga, William Stallings turut memberitahu polis bahawa dia juga melihat imej serupa. Dia menganggarkan burung itu sebesar sebuah rumah.

Penemuan imej burung gergasi itu tidak berhenti di situ. Pada satu kejadian menakutkan di Lawndale, sebuah bandar kecil dalam Logan Country, dua ekor burung raksasa dilaporkan menyerang tiga budak lelaki yang sedang bermain di belakang sebuah halaman rumah pada 25 Julai 1977.

Salah satu burung itu menyambar kemeja Marlon Lowe, yang berusia 10 tahun menggunakan kuku runcing. Ia mengangkat budak lelaki itu ke udara pada ketinggian 14 meter.

Jeritan Marlon didengari ibu bapanya. Ibunya, Ruth, yang terkejut melihat pemandangan ngeri itu terus menjerit sekuat hati meminta supaya anaknya dilepaskan. Burung besar itu akhirnya melepaskan Lowe dan terbang ke dalam hutan bersama pasangannya. Lowe hanya cedera ringan dan trauma akibat kejadian itu.

Kata Ruth, burung itu pasti membawa anaknya pergi jika dia tidak keluar dan menjerit sekuat hati. Empat orang dewasa yang menyaksikan serangan itu menggambarkan haiwan itu sebagai burung berwarna hitam, panjang, berparuh melengkung dengan sayap selebar tiga meter.

Selang beberapa bulan selepas itu, seorang wanita yang dalam perjalanan ke pejabat pada satu pagi telah melihat kelibat aneh seperti seorang lelaki berdiri di tepi jalan dengan sesuatu di lengannya. ‘Orang’ itu kemudian mengepakkan sayap dan terbang di udara.

Apakah semua laporan ini sudah cukup membuktikan bahawa suatu masa dulu memang wujud burung raksasa?

Malang sekali, ramai saintis masih berteka-teki tentang kesahihan cerita itu. Bagaimanapun, sesetengah penyelidik hidupan liar seperti Loren Coleman percaya makhluk raksasa terbang itu mungkin spesies Quetzalcoatius Northropi dan memiliki sayap selebar 10 meter.

Burung ini adalah makhluk terbang terbesar di dunia sepanjang zaman. Seekor Quetzalcoatius dewasa mampu menangkap dan menerbangkan seekor anak ikan paus.

Gambaran spesies Quetzalcoatius Northropi yang hidup pada zaman purba.

Adapun saintis lain menamakan burung ini sebagai ‘cicak terbang’ atau pterosaur. Begitu pun, saintis masih tidak dapat menentukan, adakah ia Piasa, naga, raksasa atau sekadar persepsi pinggiran manusia yang menganggap ia sebagai manusia jadian atau hantu.

Makhluk terbang ini kata Coleman pernah hidup sebelum era Mesozoic (225 juta – 65 juta Sebelum Masihi). Namun, ia pupus sekitar waktu yang sama dengan dinosaur.

Meskipun begitu, ada saintis berspekulasi dengan mengatakan bahawa bukan semua burung raksasa telah pupus. Sehingga kini, ada yang terselamat dan ia bersembunyi di dalam hutan. Bila ia akan keluar lagi? Saintis tidak dapat memastikannya, tapi tidak menolak kemungkinan akan berlaku satu hari nanti.

Garuda Dalam Kisah Nusantara

Di Asia, garuda merupakan kisah mitos yang terkenal. Ia mempunyai pelbagai gambaran. Kebanyakannya menggambarkan garuda berbadan emas, wajahnya putih dan bersayap merah.  Paruh dan sayapnya seperti helang tetapi badannya seperti manusia. Saiznya amat besar sehingga ada kisah menyebut ia mampu menghalang cahaya matahari.

Garuda digambarkan berbadan emas.

Garuda juga terkenal sebagai makhluk mitologi dalam Hinduisme, Buddhisme dan Jainisme. Dalam agama Hindu, ia merupakan haiwan tunggangan Dewa Wisnu.

Garuda dalam Hindu digambarkan sebagai haiwan tunggangan dewa.

Dalam agama Buddha pula, garuda dikenali dengan istilah ‘Garula’. Ia digambarkan sebagai burung raksasa dengan sayap hebat dan merupakan sebahagian daripada lapan kelompok mahluk ghaib.

Di Jepun juga mempunya kisah mitologi yang mirip seperti garuda yang mereka gelar sebagai ‘Karura’. Kisah Garuda juga ada diceritakan dalam kitab Mahabharata dan Purana dari India. Manakala di Thailand, garuda disebut sebagai Krut atau Pha Krut.

Garuda terkenal sebagai simbol kebangsaan negara Indonesia. Helang Jawa menjadi lambang nasional negara seberang itu sebagai garuda. Helang Jawa dianggap mirip dengan burung garuda yang menjadi lambang Indonesia sejak dahulu.

Malah, Thailand juga menggunakan lambang garuda untuk negara mereka. Mereka menggunakan lambang garuda dari kisah mitologi dalam kepercayaan Hindu dan Buddha yang dipanggil Krut Pha. Lambang ini bukan saja menjadi lambang negara Thailand, tetapi juga Raja Thailand.

Lambang garuda yang mewakili Indonesia (kiri), Thailand (tengah) dan Ulan Bator (kanan)

Figur garuda juga dijadikan lambang kota Ulan Bator, ibu kota Mongolia.

Nak macam-macam info? Jom join group Nak Kecam Apa Hari Ini?

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!