Tue. Oct 4th, 2022

Lari Selepas Ambil Makanan RM100, Rider Terpaksa Cari Pelanggan Tak Bayar COD

PERKHIDMATAN penghantar makanan adalah antara perkhidmatan yang mendapat permintaan tertinggi setakat ini.

Namun begitu, apa yang menyedihkan apabila kumpulan penghantar makanan yang bergantung sumber pendapatan pada pekerjaan tersebut terpaksa berdepan dengan insiden pelanggan

Lebih-lebih lagi melibatkan transaksi secara tunai seperti yang dihadapi seorang penghantar makanan ini yang terpaksa menunggu pelanggan yang dipercayai menghilangkan diri dan tidak membayar makanan yang dipesan.

Sebuah video dikongsikan @sokcantikkau tular di laman sosial TikTok menjadi tular dengan lebih 800,000 tontonan.

Menerusi paparan video, seorang penghantar makanan yang terpaksa menunggu seorang wanita bernama Nadia sehingga jam 3.00 petang bagi mendapatkan bayaran makanan yang dihantar.

Difahamkan pelanggannya itu telah mengambil makanan bernilai lebih RM100 tetapi menghilangkan diri tanpa membuat bayaran.

@sokcantikkau #xyzbca #fypシ #foryou ♬ original sound – ꜰᴀᴛɪᴍᴀ ꕤ

Insiden itu mengundang kecaman netizen yang rata-rata tidak berpuas hati. Warga maya meluahkan simpati, malah ada yang menawarkan diri untuk melangsaikan bayaran.

Namun dalam kemas kini terbaru, @sokcantikkau berkata kes tersebut telah selesai apabila ‘rider’ terbabit sudahpun menemui Nadia.

Dia bagaimanapun tidak pasti kesudahan insiden itu. Pemilik video berharap tiada lagi kes seumpama itu berlaku.

“Saya harap selepas kes Nadia tidak wujud lagi manusia seperti itu. Ingatlah orang lain juga mencari rezeki yang halal untuk keluarga.

“Jika kita permudahkan urusan orang lain, Insya-ALLAH urusan kita juga mudah.

“Fikirlah sebelum melakukan sesuatu. Jika orang yang ditipu itu tidak menghalalkan apa yang dimakan, bagaimana?”

“Kalau kita tidak mampu, usahalah. Tapi jangan menipu,” titipnya.

@sokcantikkau Reply to @samdannyton77 ♬ เสียงต้นฉบับ – กิยู❤ทันจิโร่ – พี่น้องไฮทานิ❤

Tersentuh dengan apa yang terjadi, warga maya mencadangkan agar syarikat penghantaran makanan memperbaiki sistem bayaran bagi mengelakkan penganiayaan terutama sekali membabitkan bayaran tunai.

Makanan dan rezeki yang menjadi sajian akan mempengaruhi sikap, perangai, air muka, hati, dan keseluruhan kehidupan. Justerum berusahalah mendapatkan ia dari sumber yang halal. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!