Tue. Oct 4th, 2022

Akaun Bekas Suami Yang Tidak Membayar Nafkah Bekas Isteri Akan Di Bekukan Bank

AKAUN bank bekas suami akan dibekukan jika mereka ingkar perintah mahkamah untuk membayar nafkah kepada bekas isteri.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata ia adalah perkara yang diputuskan kerajaan bagi menghargai kepentingan wanita, khususnya yang diceraikan suami.

“Apabila kes mahkamah dimenangi oleh wanita dalam kes tuntutan nafkah, kita telah buat keputusan supaya bank membekukan akaun bekas suami yang tidak membayar nafkah.

“Selepas keputusan diperoleh, bank akan membuat potongan terus daripada akaun bekas suami,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), hari ini.

Ismail berkata, sempena sambutan Hari Wanita 2022 baru-baru ini kerajaan komited memartabatkan golongan wanita antaranya memberi kebenaran kepada isteri yang kematian suami untuk bekerja dari rumah sehingga tamat edah.

Sebelum ini, Ismail berkata ketua jabatan dan pengurusan tertinggi semua organisasi diwajibkan membenarkan wanita yang kematian suami bekerja dari rumah (BDR) dalam tempoh bersesuaian bagi membolehkan urusan keluarga serta peninggalan suami dapat diselesaikan.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!