Tue. Oct 4th, 2022

Betulkah Ramai Pasangan Bercerai Gara-Gara ‘Lagu Sumpahan’ Yang Tular Ini?

SIAPA sangka muzik atau sebuah lagu boleh menyebabkan rumah tangga menjadi berpecah belah.

Sudah menjadi trend, apabila sesuatu perkara mula trend, ramai turut ingin mengikuti dan meniru trend tersebut tanpa berfikir panjang sama ada ia bakal mendatangkan kebaikan atau sebaliknya.

Jika korang salah seorang penguna aplikasi Tiktok mesti korang perasan dengan sebuah lagu berjudul Mesaytara atau pernah lalu di ‘for your page’ korang.

Awas ya! Lagu sumpahan ini menjadi punca banyak kes penceraian. Halnya hanya sedikit hanya kerana apabila sang isteri memuat naik video pasangan dengan latar lagu Mesaytara ini.

Tapi apa disebalik makna lagu tersebut?

Untuk pengetahuan korang, lagu ini berbentuk provokasi dengan perkataan ‘mesaytara’ ini apabila diterjemahkan membawa maksud ‘Saya dominan’ yang mana liriknya memberitahu si isteri paling berkuasa dan mampu mengawal serta tundukkan suami.

Lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Syria, Lamis Khan ini pastinya membuatkan si suami berasa malu dan tercabar seolah-olah mereka penakut sehingga mengikut telunjuk isteri lebih-lebih lagi apabila dimuat naik di aplikasi yang menjadi tumpuan untuk berhibur.

Berpunca dengan lagu ini juga di Syria, seorang wanita diceraikan suaminya gara-gara merakam suami yang sedang mencuci pinggan untuk dimuat naik di aplikasi TikTok.

Malah, media melaporkan, rakaman video itu menggunakan latar lagu Mesaytara yang mana apabila diselidik lirik lagu tersebut, ia memberi gambaran seolah-olah lelaki berada di bawah kawalan isteri.

Lagu Mesaytara telah dianggap sebagai lagu sumpahan kerana ini bukan kes pertama berlaku gara-gara sebuah lagu. Di Iraq dan Jordan juga berlaku kes penceraian yang hampir sama apabila si isteri merakam suami membantu melakukan kerja rumah untuk dimuat naik ke TikTok.

Paling tragis, Januari lepas, sebuah majlis perkahwinan di Baghdad juga berakhir dengan penceraian ketika dalam majlis berlangsung apabila isteri memilih lagu ‘Mesaytara’ untuk diperdengarkan khalayak.

Justeru, sebelum upload atau muat naik apa-apa content di media sosial, fikirlah baik buruknya dahulu. Jangan menimbulkan fitnah kepada diri sendiri dan orang lain. Kan tak pasal-pasal kena cerai…huhuhu

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!